Ikuti Kami:

‘Lari’ Masuk Latihan Wajib Tentera, Netizen Harap Seungri Terima Layanan Buruk Ketika Berkhidmat

‘Lari’ Masuk Latihan Wajib Tentera, Netizen Harap Seungri Terima Layanan Buruk Ketika Berkhidmat

Rasanya semua mesti tahu mengenai kisah Seungri bekas ahli kumpulan BIG BANG yang dikatakan terlibat dengan pelbagai tuduhan jenayah seperti melanggan pelacur, penggelapan wang dan banyak lagi. Walaupun pelbagai bukti dikemukan tetapi nampaknya lelaki itu masih terlepas bebas selepas dua kali waran tangkap yang diisukan oleh pihak pendakwa ditolak oleh mahkamah.

Terbaru, idola itu dikhabarkan bakal menerima notis kemasukan ke latihan khidmat ketenteraan tak lama lagi. Pentadbiran Tenaga Manusia Tentera (MMA) berkemungkinan akan menghantar Seungri ke latihan wajib tersebut sekitar pertengahan Februari.

seungri

Selebriti itu akan melalui kem latihan ketenteraan selama 5 minggu dan kemudian urusannya bakal dipindahkan ke pendakwa di bawah badan ketenteraan dan agensi siasatan yang lain. Dia akan melalui siasatan pendakwaan ketenteraan dan perbicaraan di bawah mahkamah tentera.

Rata-rata netizen nyata bengang melihat Seungri masih terlepas bebas walaupun terlibat dengan kes jenayah yang berat. Mereka juga sesal apabila dia dapat ‘lari’ ke tentera seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Lihatlah, berdasarkan kabel yang dia ada, sudah pasti dia akan dinaikkan pangkat ke sarjan sejurus dia masuk.”

“Sesiapa yang menjaganya mesti lagi berkuasa daripada presiden.”

“Siapa yang berada di belakangnya? Trump?”

“Disebabkan kita tak boleh penjarakan dia.. saya harap di akan dibuli dengan teruk di dalam tentera.”

“Sejak bila tentera jadi tempat pelarian untuk para penjenayah??”

Nantikan maklumat lanjut mengenai kes Seungri tak lama lagi. Harapnyalah.

Sumber: Daily Naver

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...