Ikuti Kami:

Kuat ‘Minum’ & Perlu Hidup Berjimat, Peminat Terkejut Lihat Kehidupan Ahn Jaehyun Selepas Bercerai

Kuat ‘Minum’ & Perlu Hidup Berjimat, Peminat Terkejut Lihat Kehidupan Ahn Jaehyun Selepas Bercerai

Menurut media Korea, selepas bercerai, Ahn Jae-hyun dan Gu Hye-sun hidup dalam kehidupan yang berbeza.

Terkini, kehidupan Ahn Jae-hyun telah didedahkan dalam rancangan “I Live Alone”. Di mana, pelakon lelaki itu telah mengakui bahawa dia mengalami ketagihan alkohol dan masalah psikologi selepas penceraiannya bersama Gu Hye-sun.

Malah, pelakon itu juga perlu menjual kereta mewahnya dan membatalkan semua kad kredit miliknya. Kini, Ahn Jae-hyun hidup berjimat cermat di sebuah pangsapuri yang berusia 20 tahun dan memandu kereta kecil yang murah.

ahn-jaehyun-i-live-alone

Selain daripada perlu hidup berjimat cermat, kesihatannya juga telah merosot dan dia kini perlu bergantung kepada ubat-ubatan serta vitamin tambahan.

Sementara itu, kerjaya Ahn Jae-hyun mula jatuh merundum selepas terpalit dalam skandal bersama bekas isterinya itu. Disebabkan skandal itu juga, pelakon lelaki itu telah diboikot oleh netizen dan perlu menarik diri dari semua projek filem serta rancangan realiti TV.

Hmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   SPOTV News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...