Ikuti Kami:

Klip Ganas Dengan Wanita Tular, Video T.O.P Akui Risau Dengan Seungri Kembali Jadi Perhatian

Klip Ganas Dengan Wanita Tular, Video T.O.P Akui Risau Dengan Seungri Kembali Jadi Perhatian

Semakin banyak pendedahan yang dibuat mengenai kes ‘Burning Sun’.

Baru-baru ini, BBC telah melancarkan dokumentari yang membongkar tentang skandal pelacuran dan sebagainya, yang melibatkan Seung-ri bekas ahli BIGBANG, Choi Jong-hoon, Joo Joon-young dan ramai lagi.

Sedang hangat menjadi perbualan dalam industri kini, peminat telah memuat naik kembali video di mana T.O.P ada meluahkan bahawa dia risau dengan orang di sekeliling Seung-ri. Menerusi program “Radio Star” pada 2018, T.O.P berkata,

Dia hanya bercakap tentang wang. Saya berasa bimbang sebagai ahli yang lebih tua. Beberapa rakannya membimbangkan saya. Saya mendapat perasaan bahawa sesetengah daripada mereka berada di sisinya bukan kerana mereka menyukainya tetapi kerana mereka menyukai gelarannya. Fakta bahawa Seung-ri merancang untuk bekerja dengan mereka membimbangkan saya dan nampaknya awak hanya bercakap tentang wang hari ini.

Kemudian menerusi video lain, kumpulan itu juga sering mengecualikan Seung-ri sebagai sebagai salah seorang ahli BIGBANG, mungkin kerana penglibatannya dalam pelbagai skandal yang memalukan.

Memang patut pun..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...