Ikuti Kami:

Kim Jongkook, Son Sukku & Ramai Lagi Hadiri Majlis Perkahwinan Ma Dongseok

Kim Jongkook, Son Sukku & Ramai Lagi Hadiri Majlis Perkahwinan Ma Dongseok

Selepas 3 tahun berkahwin, akhirnya Ma Dong-seok sempat juga mengadakan majlis untuk perkahwinannya.

Pada 26 Mei, Ma Dong-seok telah mengadakan majlis perkahwinan bersama dengan isterinya Ye Jung-hwa, yang dihadiri oleh keluarga dan ramai rakan artis.

Menerusi beberapa foto yang dikongsi, antara artis yang turut hadir memeriahkan majlis itu adalah Son Suk-ku, Kim Jong-kook, Hong Seok-cheon, Lee Jun-hyuk, Simon Dominic, BoA, Rain dan ramai lagi.

ma dongseok wedding

Bagaimanapun, tiada satu pun foto atau video pengantin, Ma Dong-seok dan Ye Jung-hwa, kerana lelaki tersebut mungkin inginkan privasi di hari istimewanya itu.

Apa-apa pun, tahniah Ma Dong-seok dan isteri!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Top Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...