“Kim Jiyoung, Born 1982” Ceritakan Diskriminasi Pada Kaum Wanita, Terima Kecaman Anti-Feminis

kim jiyoung born 1982 terima kecaman anti feminis

Bagi yang merindui Gong Yoo yang sudah dua tahun menyepikan diri daripada lakonan, anda boleh saksikannya kembali beraksi dalam sebuah filem kontroversi iaitu “Kim Jiyoung Born 1982”. Filem ini sebenarnya diinspirasikan daripada sebuah novel yang dikeluarkan pada tahun 2016 dengan tajuk yang sama. Hebatnya kerana novel ini telah terjual lebih daripada sejuta buah!

Novel feminis mengenai kehidupan di Korea

Kenapa dikatakan sebagai kontroversi? Kisah “Kim Jiyoung, Born 1982” ini berkisar tentang kehidupan seorang wanita dalam lingkungan usia 30-an dan terpaksa bekerja keras bagi menguruskan hal kerja dan juga hal keluarga. Ia menekankan diskriminasi yang dihadapi olehnya pada setiap fasa kehidupan, hanya kerana dia seorang wanita.

kim jiyoung born 1982

Novel ini turut diangkat sebagai sebuah naskhah yang penting sebagai novel feminis di Korea sehingga ia telah meledakkan kemarahan komuniti anti-feminis yang kebanyakannya terdiri daripada lelaki di negara itu. Apabila novel itu digarap menjadi sebuah filem, kumpulan anti-feminis ini kembali meluahkan rasa benci mereka kepada kisah itu.

Kisah Kim Jiyoung

Idea novel ini bermula apabila penulisnya iaitu Cho Namjoo yang juga merupakan seorang penulis skrip untuk televisyen telah menceritakan kisah dirinya sendiri, daripada dia lahir sehinggalah dia menjadi seorang ibu darpada perspektif seorang lelaki yang mementingkan sistem patriarki. Cerita di mana dia dilahirkan dalam sebuah keluarga tipikal yang berpegang erat kepada sistem patriarki. Antara kisah yang sedih apabila ibunya sendiri turut meminta maaf kepada ibu mertuanya kerana melahirkan anak perempuan sebagai penyambung keturunan mereka.

kim jiyoung born 1982 digelar novel feminis

Tak kiralah kisahnya semasa bersekolah, berkerja, berkahwin dan mempunyai anak sendiri, Jiyoung mesti menghadapi diskriminasi jantina pada setiap peringkat itu. Penulis novel ini juga telah menggunakan nama Kim Jiyoung sebagai watak utamanya kerana ia adalah nama yang agak biasa di Korea. Jadi, ia dapat menggambarkan kisah perit yang sebenarnya dihadapi oleh ramai wanita di negara itu.

Semasa di sekolah, apabila dia dibuli oleh rakan lelakinya dan mengadu kepada guru kelas, dia hanya diberitahu bahawa lelaki selalu akan ‘usik’ perempuan yang dia suka. Semasa melalui temu duga di sebuah syarikat, wanita itu ditanya apakah yang akan dilakukannya jika dia menghadapi gangguan seksual. Berasa risau sekiranya dia tidak ditawarkan jawatan itu, dia menjawab, “Saya akan cuba untuk beredar secara ‘normal’ dengan pergi ke tandas.”

kim jiyoung born 1982 terima kecaman lelaki

Apabila Jiyoung sedang mengandung, dia terpaksa berhenti kerja kerana dia dan suaminya tidak mampu untuk menanggung kos penjagaan anak. Walaupun sedang mengandung, tiada pengguna pengangkutan awam menawarkan tempat duduk kepadanya. Selepas beranak, dia telah keluar sebentar bersama anaknya untuk minum kopi di sebuah kafe. Tetapi dia telah mendengar bisikan orang sekeliling yang memanggil dia sebagai “ulat mak” iaitu satu ungkapan hinaan yang bermaksud ibu yang bersenang-lenang di rumah dan hanya tahu menghabiskan duit suami.

Bermula daripada hari itu, Jiyoung telah mengalami masalah mental dan terpaksa mendapatkan rawatan kesihatan bagi membantunya.

kim jiyoung born 1982 gong yoo

Selebriti wanita ‘diserang’

Walaupun Korea Selatan merupakan salah satu negara yang mempunyai kedudukan ekonomi yang maju dalam negara Asia, ia masih kekal konservatif secara sosialnya. Bayangkan kesemua artis wanita yang secara terangan menyokong dan membaca naskhah “Kim Jiyoung, Born 1982” telah diserang dan dimaki oleh golongan anti-feminis yang terdiri daripada kaum lelaki.

Antara yang menerima cacian peminat lelaki mereka sendiri ialah Irene daripada kumpulan idola Red Velvet. Selepas mendedahkan semasa salah satu perjumpaan peminat kumpulannya bahawa dia membaca novel itu, segelintir peminat lelakinya telah meninggalkan komen memarahinya.

irene dikecam kerana membaca kim jiyoung born 1982

Ada juga yang menyatakan bahawa mereka tidak akan lagi menyokong perjalanan seninya.

“Perempuan j*lang. Dia cantik tapi kenapa dia seorang feminis.”

“Saya bukan lagi peminat Irene.”

Bukan itu sahaja, malahan Jung Yumi iaitu pelakon wanita yang membawa watak Kim Jiyoung dalam filem tersebut turut mendapat hencapan kumpulan anti-feminis.

jung yumi terima kecaman kerana berlakon dalam kim jiyoung born 1982

Bayangkan selepas diumumkan bahawa dia bakal membawa watak itu, Jung Yumi telah menerima ribuan komen penuh kebencian yang ditinggalkan di laman Instagramnya. Sehingga ada yang telah mengeluarkan petisyen meminta presiden Korea supaya menghentikan pengeluaran filem itu. Bukan itu sahaja, mereka turut menyerbu laman rasmi filem itu dan memberikan rating yang rendah walaupun naskhah itu belum pun ditayangkan lagi.

Baru-baru ini, Suzy turut dikecam kerana menunjukkan sokongannya terhadap filem “Kim Jiyoung, Born 1982” apabila memuat naik entri mengenainya di laman Instagramnya.

Selebriti lelaki dipuji

Kebanyakan selebriti wanita menerima pelbagai cacian apabila menyokong isi kandungan “Kim Jiyoung, Born 1982” secara terangan. Namun begitu, selebriti lelaki pula menerima pujian melambung apabila mereka mengakui ada membaca buku itu.

Salah seorang daripadanya ialah ahli Kumpulan BTS iaitu RM yang mendapat sokongan selepas mendedahkan bahawa dia telah membaca novel itu.

“Seperti biasa, Namjoon tahu mengenai hak manusia. Dia terus belajar, Respek!”

bts rm namjoon dipuji kerana membaca kim jiyoung born 1982

Pengacara terhebat di Korea iaitu Yoo Jaesuk turut mengaku bahawa dia sudah membaca novel itu. Tetapi tiada siapa yang memberikan komen yang buruk kepadanya selepas pendedahan itu.

Menolak generalisasi kaum lelaki dalam novel itu

Menurut komuniti yang menolak naskhah ini, mereka menyatakan bahawa gambaran kaum lelaki yang ditonjolkan di dalam cerita ini adalah salah sama sekali dan sangatlah subjektif. Mereka juga menyatakan bahawa novel ini mengukir generalisasi yang seksis dan negatif kepada kaum lelaki. Ada pihak pengkritik juga menerangkan bahawa cerita “Kim Jiyoung, Born 1982” menimbulkan masalah konflik jantina.

Banyak betul kontroversi yang melibatkan naskhah “Kim Jiyoung, Born 1982”. Walau bagaimanapun penulis mencoret cerita ini kerana dia dapat melihat perkara ini terjadi kepada rakan perempuannya, rakan sekerjanya berjantina perempuan dan juga ahli keluarga perempuannya yang lain. Penulis percaya bahawa kisah ini dihadapi oleh ramai wanita di negara Korea.

Sumber: BBC, KoreaHerald, AsianJunkie

Leave a Reply