Ikuti Kami:

Kembali Berlakon, Yoo Inna Galas Watak Bekas Isteri Kepada Dua Perisik Dalam ‘The Spy Who Loved Me’

Kembali Berlakon, Yoo Inna Galas Watak Bekas Isteri Kepada Dua Perisik Dalam ‘The Spy Who Loved Me’

Selepas setahun drama “Touch Your Heart” tamat, ramai yang dah mula rindu untuk melihat lakonan Yoo In-na menghiasi kaca televisyen mereka. Berita baik untuk anda kerana pelakon wanita itu bakal kembali dengan drama baru bertajuk “The Spy Who Loved Me” tak lama lagi!

Drama ini mengisahkan tentang komedi romantik yang saspens mengenai seorang wanita yang tanpa sengaja terperangkap dalam dunia pengintipan. Yoo In-na bakal menggalas tanggungjawab sebagai Kang Ah-reum iaitu seorang pereka pakaian perkahwinan yang pernah berkahwin sebanyak dua kali kepada dua lelaki yang menyimpan pelbagai rahsia.

yoo inna the spy who loved me

Lagi berita baik untuk anda apabila Eric pula dikhabarkan bakal membawa watak utama sebagai suami pertama Kang Ah-reum iaitu Jun Ji-hoon. Lelaki ini merupakan seorang yang sangat mempersonakan dan juga bekerja sebagai ejen rahsia untuk Interpol.

Suami kedua wanita itu, Derek Hyun bakal dilakonkan oleh pelakon Im Joo-hwan. Lelaki tersebut merupakan seorang perisik korporat yang sangat bijak dan juga gila dengan persaingan.

eric the spy who loved me

Bukan sahaja peminat, malahan Yoo In-na juga meluahkan rasa terujanya kerana dapat membawa watak Kang Ah-reun yang sangat bersemangat ini.

Saya sangat gembira kerana dapat berjumpa dengan penonton menerusi watak Kang Ah-reum yang dipenuhi dengan pelbagai persona. Karakter ini mempunyai banyak cerita tersimpan dan saya tak sabar untuk menyaksikan babak romantik yang bakal bercambah sepanjang drama ini.

Eric juga turut berkongsi rasa yang sama dan meluahkan perasaan seronok kerana dapat menyertai pasukan produksi yang hebat ini. Tambahnya, dia dan rakan pelakon yang lain akan menonjolkan lakonan yang baik untuk mencapai kepuasan penonton.

Nantikan drama “The Spy Who Loved Me” yang bakal menemui penonton pada Oktober ini di saluran MBC.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...