Ikuti Kami:

Kelihatan Terlalu Kurus, Peminat Luah Rasa Risau Dengan Jennie Blackpink

Kelihatan Terlalu Kurus, Peminat Luah Rasa Risau Dengan Jennie Blackpink

Siapa tak kenal dengan kumpulan popular K-Pop iaitu BLACKPINK? 4 gadis yang menganggotai kumpulan itu nyata terkenal sehinggakan setiap orang daripada pelosok dunia mengenali mereka.

Antara daripada ahli mereka, Jennie merupakan satu figura yang menjadi pujaan ramai peminat daripada kedua-dua jantina. Bukan sahaja kerana kehebatannya dalam nyanyian dan tarian tetapi rupanya yang sangat cantik selain bentuk tubuh badan yang ideal membuatkan kebanyakan wanita menjadikannya sebagai inspirasi.

jennie blackpink

Bahkan baru-baru ini, gadis itu telah berjaya membuatkan laman Instagram tunggang-langgang kerana dia yang tiba-tiba memuat naik hampir 60 keping gambar dengan pelbagai artikel pakaian dalam masa 15 minit sahaja. Tidak mengejutkan apabila kesemua entrinya itu menerima jutaan tanda ‘suka’ daripada pengikut setianya.

Hal ini membuktikan bahawa segala postingnya pasti akan mendapat perhatian ramai. Walaubagaimanapun, baru-baru ini, para peminat Jennie telah meluahkan rasa risau dengan keadaan tubuh badannya yang semakin ramping dan membimbangkan.

jennie blackpink kurus

Dikhabarkan sibuk dengan persediaan album baru BLACKPINK, kesemua peminat meminta agar bukan sahaja Jennie malahan Ji-soo, Rosé, dan Lisa supaya turut menjaga kesihatan mereka.

Tidak kisah album baru atau pun jadual seni penting sekali pun, BLINKs pastinya mahu idola kesayangan mereka kekal sihat supaya tidak memudaratkan diri suatu hari nanti memandangkan pekerjaan sebagai selebriti bukanlah sesuatu yang mudah.

Semoga ahli BLACKPINK semua sihat sahaja meskipun berbadan ramping.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...