Kang Dongwon & Lee Junghyun Teraju Baru, Sekuel Train To Busan ‘Bando’ Keluar Tahun 2020!

sekuel train to busan keluar tahun 2020

Pasti semua rakyat Malaysia tahu dan mungkin juga pernah menonton filem thriller Korea terbaik pada tahun 2016 iaitu Train To Busan! Filem ini ternyata membawa demam ‘filem Korea’ di Malaysia, Hal ini kerana sebelum ini apabila ada filem Korea ditayangkan di sini, mesti kurang mendapat sambutan. Tetapi disebabkan kehebatan plot zombi dalam filem ini, ramai yang mula meletakkan kepercayaan kepada penghasilan filem Korea.

Walaupun pengakhiran filem ini yang agak sedih dan menyayat hati, rata-rata penonton mahukan sambungan kepada filem tersebut. Selepas hampir 3 tahun penuh dengan desas-desus mengenai sekuelnya, selamat dikatakan sambungan ‘Train To Busan’ akan menemui penonton pada tahun 2020! Walaupun belum lagi menetapkan tarikh tayangan, kesemua penonton sudah teruja untuk menyerbu pawagam apabila ia dikeluarkan nanti!

bando sekuel train to busan

Tapi sedikit sedih kerana kesemua watak asal dalam filem pertama tidak akan kembali untuk sekuel ini. Selain itu, bahagian kedua filem ini diberi tajuk ‘Bando’ yang membawa maksud semenanjung dan akan menceritakan tentang keadaan selepas 4 tahun serangan zombi yang pertama berlaku. Plot naskhah ini berkisar tentang tanah Korea yang sudah tidak boleh dihuni akibat daripada penguasaan zombi. Dengan hanya beberapa manusia yang masih hidup, mereka melawan untuk terus hidup dengan harapan akan diselamatkan suatu hari nanti.

Selepas diumumkan ketiadaan Gong Yoo dan Ma Dongseok dalam sekuel ini, penonton tertanya-tanya siapakah yang bakal menerajui filem ‘Bando’. Rupa-rupanya, Kang Dongwon telah dipilih untuk menggalas watak utama iaitu Jungsuk. Gandingan heroinnya pula ialah pelakon Lee Junghyun yang akan membawa watak Minjung. Bersama, mereka akan cuba menumpaskan zombi yang bermaharaja lela di Korea supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup.

kang dongwon dan lee junghyun untuk sekuel train to busan

Menurut sumber, penggambaran untuk ‘Bando’ telah pun bermula pada 24 Jun tahun lepas. Pastinya sekuel ini bakal ‘meletup’ seperti filem pertamanya kerana pelakon yang dipilih adalah mantap selain pengarahnya juga merupakan seorang yang boleh dipercayai. Tak sabar nak tunggu tahun hadapan!

Sumber: Allkpop, ibtimes

Leave a Reply