Ikuti Kami:

“Kalau Drama Ni Gagal..” – Popular Di Banyak Negara, Penerbit Dedah Kos Untuk Hasilkan ‘Lovely Runner’

“Kalau Drama Ni Gagal..” – Popular Di Banyak Negara, Penerbit Dedah Kos Untuk Hasilkan ‘Lovely Runner’

Bukan sahaja di Korea Selatan malahan, drama”Lovely Runner” telah berjaya mencuri perhatian penonton di seluruh dunia.

Terbaru menerusi sebuah acara di Universiti Dongguk, penerbit untuk drama “Lovely Runner” iaitu Kim Tae-yeop telah mendedahkan kos yang dikeluarkan bagi menghasilkan karya tersebut.

Kongsinya pada awalnya,

Saya malu nak cakap dengan mulut saya sendiri tapi ‘Lovely Runner’ berjaya berada di No.1 di 130 negara dalam laman penstriman. Ini bermakna, skala dalam industri ini telah semakin berkembang. Apabila industri berkembang, ia memerlukan banyak wang dan risiko untuk gagal juga semakin meningkat.

tvn lovely runner

Sambung lelaki itu lagi,

‘Lovely Runner’ telah menelan kos sebanyak 20 bilion won (RM69,036,200) untuk dihasilkan. Drama 16 episod memang biasanya belanja wang sebanyak ini. Ia adalah jumlah yang sangat besar. Jika drama ini gagal, ia akan menjadi sukar untuk ramai orang.

Nampaknya, kos yang dikeluarkan sememangnya membuahkan hasil selepas “Lovely Runner” berjaya memecahkan banyak rekod untuk K-Drama popular.

Tahniah buat semua pelakon dan pasukan produksi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...