Ikuti Kami:

Kalahkan Jang Nara, Netizen Tak Puas Hati Suzy Dinobat Pelakon Wanita Terbaik Di ‘2019 SBS Drama Awards’!

Kalahkan Jang Nara, Netizen Tak Puas Hati Suzy Dinobat Pelakon Wanita Terbaik Di ‘2019 SBS Drama Awards’!

Sudah menjadi kebiasaan kepada semua rangkaian televisyen utama di Korea iaitu KBS, MBC dan SBS untuk mengadakan majlis penganugerahan mereka sendiri bagi menghargai pelbagai karya yang ditayangkan di bawah saluran mereka sepanjang tahun itu. Mereka juga akan membahagikannya kepada satu majlis untuk drama, program hiburan dan festival muzik. Maknanya setiap stesen televisyen ini sangat sibuk pada setiap hujung tahun bagi memastikan semua majlis ini berjalan dengan lancar.

Pada 31 Disember lepas, SBS telah mengadakan “2019 SBS Drama Awards” bagi memilih pelakon dan drama terbaik yang pernah ditayangkan di bawah saluran televisyen itu sepanjang tahun 2019. Banyak juga drama hebat yang dipertandingkan pada malam itu, antaranya ialah “VIP”, “Vagabond”, “Secret Boutique”, “The Fiery Priest”, “Doctor John” dan banyak lagi. Fuhh! Mesti susah juri nak buat keputusan kan?

2019 sbs drama awards

Salah satu kategori yang dipertandingkan semasa majlis itu ialah “Pelakon Wanita Terbaik Untuk Siri Mini” dan calonnya bukanlah calang-calang orang. Mereka ialah Suzy (“Vagabond”), Jang Nara (“VIP”), Kim Sunah (“Secret Boutique”) dan Park Jinhee (“Doctor Detective”).

Selepas mengambil kira keputusan juri, pelakon wanita yang berjaya merangkul anugerah itu ialah Suzy yang telah berhempas pulas bagi menjiwai karakternya dalam drama “Vagabond”. Pelakon wanita itu juga ternyata terkejut dengan keputusan tersebut dan kelihatan air matanya bergenang semasa memeluk rakan pelakonnya yang lain.

suzy menang pelakon wanita terbaik

Semasa ucapannya, Suzy menyatakan bahawa dia masih mempunyai banyak kekurangan sebagai seorang pelakon dan menganggap bahawa trofi yang dimenanginya itu adalah hasil usaha daripada pihak produksi dan kakitangan drama “Vagabond” yang turut menjayakan drama itu.

suzy menang pelakon wanita terbaik

Selepas kemenangannya itu, rata-rata netizen melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan tersebut kerana bagi mereka Suzy masih lagi mempunyai kekurangan kalau nak dibandingkan dengan calon lain. Mereka juga pelik kenapa Jang Nara atau pun Kim Sunah tidak memenangi kategori tersebut walhal lakonan mereka lebih bagus dan selayaknya mendapat penghargaan itu.

“/mengeluh/ SBS tengak buat lawak ke ni?”

“Adakah Suzy tak akan lakonkan mana-mana drama sekiranya tidak dijanjikan anugerah pelakon terbaik? Semua orang boleh nampak perbezaan kelas lakonan di antara semua calon itu menerusi klip pendek yang ditayangkan.”

“Benarkah Suzy berlakon lebih baik berbanding Jang Nara dan Kim Sunah sehingga melayakkan dia mendapat anugerah cemerlang untuk lakonan. ‘VIP’ mempunyai rating yang lebih tinggi dan lakonan Kim Sunah juga adalah sangat mantap. Penganugerahan ini tak masuk akal langsung. Ini adalah anugerah populariti dan bukannya kecemerlangan.”

“Dia sesungguhnya mempunyai tuah yang hebat bila datang kepada anugerah kalau nak dibandingkan dengan kemahiran lakonannya. Ini adalah anugerah pelakon terbaiknya untuk kali yang ketiga.”

“Ia sepatutnya dimenangi oleh Jang Nara.”

“Suzy menang pelakon terbaik dan bukannya Jang Nara… hahahaha.”

Apa-apa pun tahniah! Diharapkan agar Suzy terus berlatih berlakon supaya penonton akan mengakui kemenangannya pada masa akan datang.

Sumber: Netizenbuzz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...