Ikuti Kami:

Kalahkan ‘Crash Landing On You’, Ending ‘Queen Of Tears’ Cipta Sejarah Di tvN

Kalahkan ‘Crash Landing On You’, Ending ‘Queen Of Tears’ Cipta Sejarah Di tvN

Akhirnya “Queen Of Tears” sudah pun menamatkan siaran kelmarin!

Selepas tindakan jahat Mo Seul-hee dan Yoon Eun-seong (Park Sung-hoon) yang merosakkan hubungan Baek Hyun-woo (Kim Soo-hyun) dan Hong Hae-in (Kim Ji-won) serta Queens Group, mereka akhirnya menerima balasan setimpal. Meskipun cuba memisahkan pasangan itu, Yoon Eun-seong akhirnya menemui ajal manakala ibunya berjaya dipenjarakan atas kesalahan membunuh.

Terbukti romantis sehingga ke akhirnya, Baek Hyun-woo dan Hong Hae-in mengakui cinta antara satu sama lain dan mereka kemudian dikurniakan dua cahaya mata dan terus hidup bersama sehingga tua. Malah digambarkan seperti lelaki itu menziarah kubur milik isterinya di akhir cerita, di mana dia sudah pun menginjak usia tua.

park sunghoon

Dalam pada itu, “Queen Of Tears” terbukti popular apabila berjaya menewaskan rekod “Crash Landing On You” (21,7%) apabila rating episod akhirnya mencatat sebanyak 24.9%.

Korang dah habis layan ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   OSEN

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...