Baru-baru ini, dunia K-Pop dikejutkan dengan berita yang menggembirakan! Dua idola terkenal daripada kumpulan berbeza telah pun disahkan bercinta. Meskipun mempunyai jarak umur yang agak jauh iaitu 13 tahun tetapi rata-rata peminat sepertinya memberi restu kepada hubungan Heechul Super Junior dan Momo TWICE.
Walaubagaimanapun, masih juga ada sesetengah peminat obsesif yang menentang hubungan cinta pasangan idola ini. Mungkin kerana idola sering dipasarkan dengan watak teman lelaki dan teman wanita, jadi segelintir peminat mungkin merasakan seperti mereka telah ditipu oleh selebriti kesayangan mereka itu.
Tetapi yang melampaunya apabila golongan pembenci ini bukan sahaja meninggalkan komen buruk pada Heechul dan Momo sahaja malahan kakak kandung gadis itu turut menerima tempiasnya. Kalau anda nak tahu, kakaknya yang bernama Hana ini merupakan seorang penari profesional dan aktif di negara asalnya iaitu Jepun.
Antara komen jahat yang ditinggalkan di laman Instagram Hana ialah:
“Kakak Momo tak boleh baca bahasa Korea jadi kita boleh tulis apa-apa pun dekat sini.”
“Momo ialah perempuan tua jal***.”
“Kim Heechul adalah bujang terlajak.”
Kebanyakan netizen Korea merasa bengang apabila melihat tindakan tidak matang para peminat obsesif ini. Mereka menyelar komen buruk yang ditinggalkan dan melibatkan ahli keluarga idola tersebut yang langsung tidak bersalah.
“Mereka ini semua tiada kerja lain nak buat ke?”
“Heechul adalah seorang lelaki yang baik tetapi peminat perempuannya adalah bermasalah.”
“Jangan berkelakuan sebegini, Heechul akan terasa dan bersedih.”
“Jangan buat main dengan keluarga!”
Apa salahnya Heechul dan Momo bercinta? Dan kenapa pula peminat obsesif ini perlu menyerang ahli keluarga idola itu? Adik dan kakak tersebut dikhabarkan mempunyai hubungan yang sangat rapat, diharapkan pertalian mereka tidak terjejas kerana isu ini.
Sumber: Allkpop, Netizenbuzz