Ikuti Kami:

Joo Jinmo Jelas Mesej Telah Disunting Dengan Niat Jahat, Bakal Saman Penggodam & Orang Komen Jahat

Joo Jinmo Jelas Mesej Telah Disunting Dengan Niat Jahat, Bakal Saman Penggodam & Orang Komen Jahat

Masih lagi panas dengan cerita pendedahan beberapa selebriti Korea yang dikatakan telah melanggan pelacur walaupun sudah mempunyai keluarga. Cerita ini terbongkar apabila mesej di dalam telefon bimbit Joo Jinmo telah digodam dan disebarkan ke seluruh pelosok internet. Setelah berdiam diri dan menahan kecaman netizen, akhirnya lelaki itu dan agensi naungannya telah mengeluarkan kenyataan mengenai isu tersebut.

Menurut lelaki itu, dia menafikan kandungan mesej yang tersebar itu dan ia semuanya hanyalah fitnah. Joo Jinmo menyatakan bahawa terdapat suntingan dengan niat jahat yang dilakukan bagi merosakkan imejnya. Menurut peguam Chun Jaemin, Yoo Youngsuk dan Kang Taehoon, selepas anak guam mereka tidak mahu membayar sejumlah wang yang diminta oleh penggodam tersebut, penjenayah tersebut telah menyebarkan beberapa keratan mesej ke laman komuniti selepas menyunting kandungannya.

joo jinmo

Peguam tersebut menjelaskan bahawa perbuatan mengugut dan menggodam adalah sesuatu yang salah tetapi lagi sesal kerana mesej tersebut telah tersebar dengan meluasnya di seluruh laman komuniti. Disebabkan ianya disunting dan menyampaikan idea yang salah, orang ramai kini mempunyai persepsi buruk terhadap Joo Jinmo dan kehidupan peribadinya. Mereka juga menunding jari bahawa pihak media dan netizen lebih memberi fokus untuk mengkritik pelakon tersebut dan bukannya menyelar tindakan jahat penggodam itu selain melindungi privasi si mangsa.

Pihak pendakwa menyatakan bahawa mereka akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap penggodam itu selain akan mengeluarkan saman kepada sesiapa yang meninggalkan komen buruk kepada Joo Jinmo dan memanggilnya penjenayah.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...