Ikuti Kami:

Jom Ketahui ‘Rahsia’ Artist Korea Di Watsons K-Beauty Festa. Lebih Banyak Brand & Goodies Menanti Anda!

Jom Ketahui ‘Rahsia’ Artist Korea Di Watsons K-Beauty Festa. Lebih Banyak Brand & Goodies Menanti Anda!

“Oppa! Gwenchana oppa ya…”  

 

Kami ada berita baik untuk korang semua. Watsons kini kembali dengan K-Beauty Festa. Jjinjja? 

 

Bukan setakat menawarkan produk wajah dari Korea, korang juga berpeluang untuk memenangi percutian ke Korea tau. Kalau macam ni buat apa berangan, kalau dah boleh sampai sana.  

 

Sertai Watsons K-Beauty Festa Dengan Pelbagai Tawaran Menarik 

Korea

Siapa yang berpeluang untuk mengunjungi Watsons K-Beauty Festa tahun lepas, korang mesti taknak lepaskan peluang ini kan. Mana taknya, istimewa bagi Watsons K-Beauty Festa, korang akan dapat pelbagai goodies istimewa daripada jenama K-Beauty. 

Korea

Tapi, kalau korang nak tahu, Watsons K-Beauty Festa tahun ini lain dari yang sebelumnya tau. 

 

Tahun ini, Watsons memperluaskan pilihan jenama K-Beauty bukan hanya penjagaan kulit, penjagaan diri, penjagaan kesihatan dan kosmetik, sekarang ni barangan K-Pop pun boleh didapatkan di Watsons. 

 

Terdapat lebih 30 jenama yang akan mengambil bahagian di Watsons K-Beauty Festa dekat JioSpace ini. Antaranya adalah Glutanex, Dryope, PINK by Pure Beauty, Axis-Y, K-Pop Land, Illyoon dan banyak lagi. 

Korea

Watsons K-Beauty Festa akan bermula pada 9 Mei sehingga 12 Mei 2024. Tahun ini ia akan diadakan di JioSpace pada jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.  

 

Korang juga berpeluang untuk menebus produk percubaan secara PERCUMA dan boleh join pengalaman kecantikan secara langsung bersama pakar kecantikan untuk setiap jenama yang terlibat.  

 

Kalau korang ingin menyertai Watsons K-Beauty Festa, jangan lupa untuk mendaftar melalui laman web rasmi Watsons untuk menebus baucar bernilai RM20 untuk digunakan apabila korang berbelanja di Watsons secara atas talian. 

 

Pastikan korang menggunakan kod promosi “WSKBEAUTY” di AirAsia MOVE untuk mendapatkan potongan RM3.  

 

Korang juga berpeluang untuk mendapatkan beg tote KAKAO Friends bagi setiap pembelian RM250 dan ke atas. Manakala, bagi setiap pembelian RM350 dan ke atas korang berpeluang untuk mendapatkan selimut KAKAO Friends. 

Korea

Kalau korang nak tahu, jangan lupa untuk sertai Watsons K-Beauty Festa yang akan berlangsung pada 9 Mei sehingga 12 Mei ini. 

 

Yang paling penting, banyak spot insta-grammable tau, barulah content korang cun nanti! 

  Korea

 

Peraduan Belanja & Menang Berpeluang Memenangi Trip Ke Korea

 

Eh, korang tahu tak dengan menyertai peraduan Belanja & Menang di Watsons bermula 23 April sehingga 13 Mei korang berpeluang untuk memenangi trip ke Korea dengan kerjasama Watsons bersama Organisasi Pelancongan Korea.

 

Korang hanya perlu berbelanja dengan perbelanjaan minimum RM120 bagi jenama yang mengambil bahagian dalam peraduan Belanja & Menang untuk memenangi hadiah yang disediakan. 

 

Kalau korang nak tahu jenama apa je yang mengambil bahagian dalam peraduan ini, jangan lupa untuk layari laman web rasmi Watsons. Pastikan korang ikuti termat & syarat tau!

 

Antara hadiah yang disediakan adalah 50 set produk K-Beauty bernilai sehingga RM500 dan 30 slot untuk menyertai K-workshop yang diadakan oleh jenama K-Beauty terkemuka. 

 

Hadiah paling dinanti semestinya peluang untuk menang trip ke KOREA secara PERCUMA!

 

Tahun ni Watsons menghadiahkan 20 ahli Watsons yang bertuah pakej pelancongan 5 hari, 4 malam ke Korea. Daebak!

 

Tunggu apa lagi, jom sertai sekarang di SINI.

Tebus Hadiah Eksklusif KAKAO Friends Dengan Setiap Pembelian  

Korea

Sempena kempen ini, Watsons turut menyediakan hadiah istimewa dari siri KAKAO FRIENDS bagi setiap pembelian minimum. 

 

Korang berpeluang untuk mendapatkan beg tote KAKAO Friends bagi setiap pembelian RM180 dan ke atas. Ini hanya terpakai untuk pembelian di mana-mana cawangan Watsons  dan di laman web rasmi Watsons.

Apa?! Ada lagi?? Jualan Mega K-Beauty OMO 

 

Watsons, mesti lah ada sales kan? Ada yang tengah menunggu sales lagi ke tuu. 

 

Jangan risau, bermula 7 Mei sehingga 13 Mei, Watsons akan mengadakan jualan mega dalam talian, sempena Jualan K-Beauty OMO. Terdapat pelbagai tawaran menarik dan hadiah yang disediakan menanti korang. 

 

Tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati pelbagai aktiviti menarik yang disediakan oleh Watsons. Untuk maklumat lanjut, jangan lupa layari laman web rasmi Watsons, atau ikuti Facebook dan Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...