Ikuti Kami:

“Jihyo Sesuai Bawa Watak Ngeri” – Lakonan Misteri Song Jihyo Dalam Filem Thriller ‘Intruder’ Dibanjiri Pujian

“Jihyo Sesuai Bawa Watak Ngeri” – Lakonan Misteri Song Jihyo Dalam Filem Thriller ‘Intruder’ Dibanjiri Pujian

Selepas 6 hari ditayangkan, filem misteri thriller “Intruder” masih lagi berada di tangga teratas box-office Korea. Setakat hari ini, jumlah penonton yang dicatatkan ialah 340,592 orang. Not bad!

Bagi yang tidak tahu, filem ini membawa kisah Yoo-jin (Song Ji-hyo) iaitu seorang wanita yang kembali selepas hilang selama 25 tahun. Walaupun ahli keluarga lain gembira dengan kepulangannya, si abang iaitu Seo-jin (Kim Moo-yeol) mula menanam rasa ragu-ragu apabila melihat tingkah laku adiknya itu. Kerana syak wasangka antara satu sama lain, mereka berdua mula mengorek rahsia yang tersimpan sekian lamanya.

lakonan song jihyo dalam intruder dipuji

Asyik dengan watak ‘blur’nya dalam “Running Man”, penonton nyata kagum dengan perubahan imej yang ditunjukkan oleh Song Ji-hyo di dalam “Intruder”. Selepas berjaya membawa watak misteri dalam “Wishing Stairs” pada awal kariernya, sepertinya wanita ini menyerap kembali sinergi tersebut ke dalam watak Soo-jin.

Lakonan misteri Song Ji-hyo juga menerima pujian yang bertimpa-timpa daripada peminat dan juga penonton yang sudah menonton filem tersebut di panggung wayang.

Lakonan berat dan mengerikan sangat sesuai dengan Song Ji-hyo. Mutu yang ditonjolkan adalah luar biasa, malahan lakonan Kim Moo-yeol juga tidak mengecewakan. Semakin anda menontonnya, semakin ia menjadi menarik. Ini adalah filem pertama yang saya suka melihatnya untuk sekian waktu ini.

 

Song Ji-hyo adalah pelakon yang hebat. Luar biasa.

 

Song Ji-hyo adalah pelakon wanita yang bagus. Semua penonton boleh meletakkan harapan yang tinggi kepadanya.

 

Dah lama rasanya tak tak tengok filem tegang yang memuaskan.

 

Tak sangka Song Ji-hyo pandai berlakon filem bergenre thriller. Duaranya yang dalam dan bergetar, sangatlah membantu.

 

Filem ini sangat bagus. Kagum lihat lakonan Kim Moo-yeol dan Song Ji-hyo.

 

Babak tegang di antara Kim Moo-yeol dan Song Ji-hyo adalah sangat gila!

lakonan song jihyo dalam intruder dipuji

Selepas membaca komen para penonton ini, tak sabar rasanya nak tonton “Intruder” dengan mata sendiri. Filem ini bakal dipasarkan ke 26 negara jadi sama-sama kita nantikan sama ada Malaysia adalah antara yang terpilih atau pun tidak!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...