Ikuti Kami:

Jatuh Platform Setinggi 2 Meter Akibat Kecuaian Staf Muzik Festival SBS, Wendy Red Velvet Patah Pinggul & Pergelangan Tangan!

Jatuh Platform Setinggi 2 Meter Akibat Kecuaian Staf Muzik Festival SBS, Wendy Red Velvet Patah Pinggul & Pergelangan Tangan!

Apabila sampai sahaja ke hujung tahun, setiap saluran utama di Korea Selatan akan mengadakan festival muzik mereka sendiri bagi menghargai semua muzik baru yang dikeluarkan pada tahun tersebut. Kesemua idola popular dan juga penyanyi solo akan memeriahkan lagi acara terseut dengan dendangan lagu mereka sendiri dan juga pentas istimewa seperti kolaborasi antara beberapa artis.

Kelmarin telah berlangsung Muzik Festival 2019 bagi saluran SBS yang diberi nama “SBS Gayo Daejeon 2019”. Walaubagaimanapun, sebaik sebelum acara meriah itu bermula, satu berita buruk telah dilaporkan oleh pelbagai portal berita. Ahli Red Velvet iaitu Wendy dikhabarkan jatuh semasa latihan persembahan solonya sehingga menyebabkan dia cedera teruk.

wendy red velvet

Dalam kekecohan itu, syarikat naungannya iaitu SM Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai insiden mengejutkan itu. Menurut mereka, Wendy telah terjatuh daripada platform yang tinggi akibat suasana yang gelap semasa latihan lagu “Speechless” daripada runut bunyi filem Aladdin. Mengejutkan apabila gadis berusia 25 tahun itu didedahkan telah mengalami kecederaan serius di mana antaranya ialah retak di bahagian pipi, pinggul kanan dan pergelangan tangan kanannya. Selepas kejadian malang itu, dia terus digegaskan ke hospital untuk rawatan intensif.

wendy cedera teruk

Saluran media iaitu Dispatch telah menemubual beberapa kakitangan di tempat kejadian yang menjadi saksi semasa Wendy jatuh, “Wendy telah melakukan latihan pertama untuk ‘Speechless’ pada jam 11 pagi di pentas utama. Mengikut skrip, gadis itu telah memanjat ke terowong di tingkat kedua. Semasa bersedia untuk menuruni tangga semasa lagu itu dimainkan, rupanya tangga tersebut tidak berada di tempat sepatutnya. Pada ketika itu, dia hilang imbangan dan jatuh ke pentas utama.”

Disebabkan oleh kemalangan itu, kesemua ahli Red Velvet telah membatalkan persembahan mereka untuk acara itu. SM Entertainment menjelaskan lagi bahawa kesihatan dan pemuliharaan kecederaan Wendy adalah yang paling utama. Jadi mereka akan memberi fokus kepada hal itu terlebih dahulu berbanding jadual seninya.

wendy cedera teruk

Kesemua netizen yang mendengar perkhabaran ini meluahkan rasa marah dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak “SBS Gayo Daejeon 2019”. Walaupun kemalangan besar berlaku atas kecuaian kakitangan majlis itu, namun mereka langsung tidak meminta maaf dan meneruskan festival itu tanpa rasa bersalah. Mereka hanya meninggalkan ucapan ringan, “Cepat sembuh” seperti insiden itu tidak serius langsung. Bukan sahaja Wendy, bahkan beberapa artis lain seperti TWICE dan BTS juga dilaporkan mengalami beberapa masalah dengan pentas tersebut semasa latihan tetapi tidak diendahkan oleh pihak produksi festival muzik itu.

Rata-rata peminat Red Velvet (Reveluv) juga kesal dengan kemalangan ini dan berharapkan agar Wendy cepat sembuh selain berharap agar dia tidak bersedih disebabkan oleh insiden ini. Sebagai seorang penari, peminat risau sekiranya gadis itu akan mengalami kesusahan pada masa akan datang kerana kecederaannya ini.

red velvet wendy

Reveluv juga sedih kerana kumpulan kesayangan mereka itu baru sahaja kembali dengan album baru dengan lagu utamanya iaitu “Psycho” tetapi tidak mampu mempromosikannya langsung kerana insiden menyedihkan ini.

Sumber: Allkpop, Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...