Ikuti Kami:

Jarang Muncul Di Kaca TV, Ini 5 Selebriti Korea Yang Hilang Populariti Selepas Terpalit Kontroversi

Jarang Muncul Di Kaca TV, Ini 5 Selebriti Korea Yang Hilang Populariti Selepas Terpalit Kontroversi

Kejayaan luar biasa yang dicapai oleh selebriti tak semestinya akan kekal lama.

Ramai selebriti yang mengambil masa bertahun-tahun untuk mencapai kejayaan dan menjadi terkenal. Namun, terdapat segelintir mereka telah hilang populariti disebabkan oleh skandal serta kontroversi yang tidak dapat dielakkan.

Antaranya,

1. Ahn Jae-hyun

ahn-jaehyun

Ahn Jae-hyun merupakan model dan pelakon yang terkenal dengan karya seperti “Blood” dan “Cinderella with Four Knights”. Namun, selepas dia terpalit kontroversi penceraian bersama bekas isterinya iaitu Goo Hye-sun, imej serta reputasinya hancur sekaligus menyebabkan popularitinya jatuh merundum.

2. Yoon Eun-hye

yoon-eunhye

Terkenal dengan drama “Princess Hours” dan “Coffee Prince”, nama Yoon Eun-hye pernah menjadi nama utama dalam industri hiburan Korea. Tetapi, pelakon wanita ini mula dikritik dan dikecam ramai selepas dia dituduh memplagiat baju rekaan pereka fesyen terkenal. Disebabkan itu juga Yoon Eun-hye mula kehilangan projek-projek serta popularitinya.

3. Yoon Shi-yoon

yoon-shiyoon

Yoon Shi-yoon merupakan antara pelakon yang berjaya mencapai populariti dengan pantas sejurus selepas melakukan kemunculan sulungnya dalam drama “Bread, Love and Dreams”. Namun, disebabkan rating drama itu yang terlalu tinggi, drama-dramanya yang lain sering dijadikan perbandingan, menyebabkan pelakon ini mula kehilangan popularitinya.

4. Kim Hyun-joong

kim-hyunjoong

Kemunculannya dalam “Boys Over Flower” telah menyebabkan namanya sering menjadi topik hangat dan popular di kalangan peminat K-Drama. Tetapi, kejayaan itu tak kekal lama selepas dia di saman oleh bekas teman wanitanya diatas tuduhan keganasan sehingga menyebabkan keguguran.

5. Park Yoo-chun

park-yoochun

Bekas ahli TVXQ ini merupakan salah seorang pelakon terkenal di dalam industri hiburan. Malangnya, dia telah terheret dalam beberapa siri skandal seperti gangguan seksual dan penggunaan dadah secara haram, yang mengakibatkan dia kehilangan populariti serta reputasinya.

Patutlah dah macam jarang nampak mereka semua ni dekat kaca TV kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Korea Times

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...