Ikuti Kami:

Jarak Usia 13 Tahun Bukan Penghalang! Heechul Super Junior & Momo TWICE Sah Bercinta

Jarak Usia 13 Tahun Bukan Penghalang! Heechul Super Junior & Momo TWICE Sah Bercinta

Ingat tak khabar angin yang berterbangan pada Ogos lalu di mana Heechul daripada kumpulan Super Junior dikatakan sedang hangat bercinta dengan Momo iaitu salah seorang ahli kumpulan TWICE. Walaubagaimanapun, kedua-dua pihak dengan pantasnya telah menafikan berita tersebut dan menjelaskan bahawa mereka hanyalah mempunyai hubungan senior dan junior dalam industri hiburan.

Tepat jam 12 malam kelmarin, berita mengenai hubungan mereka kembali tersebar selepas salah satu portal media iaitu MarketNews mendedahkan bahawa Momo dan Heechul nyata sedang bercinta. Meskipun kedua-duanya sibuk dengan jadual seni masing-masing tetapi mereka masih bertemu janji dengan baiknya.

heechul dan momo

Selepas beberapa jam diam tanpa berita, akhirnya kedua-kedua syarikat naungan selebriti tersebut iaitu JYP Entertainment dan Label SJ telah pun mengakui bahawa sememangnya Momo dan Heechul sedang bercinta.

“Hello, ini adalah Label SJ. Kami mengesahkan bahawa Momo dan Heechul baru sahaja mula bercinta selepas berhubungan baik sebagai seorang junior dan senior. Terima kasih.”

“Hello, ini adalah JYP Entertainment. Kami ingin mengesahkan bahawa Heechul dan Momo kini sedang bercinta. Hubungan mereka baru sahaja bercambah kepada percintaan daripada rakan senior dan junior di dalam industri sebelum ini. Terima kasih.”

Bagi yang tidak mengetahui, Heechul sememangnya tidak segan menunjukkan kepada orang ramai bahawa dia memang meminati gadis itu. Habis dicanangnya di semua rancangan hiburan bahawa dia sukakan Momo. Ingat bergurau rupanya betul-betul!

 

 

View this post on Instagram

 

바다야 우리와 같이 놀아~

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...