Ikuti Kami:

“Menyusahkan” – Bakal Berkahwin, Ini Respon Padu Ryeowook SUJU Buat Komen Jahat Peminat

“Menyusahkan” – Bakal Berkahwin, Ini Respon Padu Ryeowook SUJU Buat Komen Jahat Peminat

Bukan mudah jadi idola, ada sahaja yang tak kena di mata peminat dan umum.

Terbaru, sebuah entri tular di serata laman komuniti Korea di mana Ryeowook Super Junior dilihat membalas komen jahat dari peminatnya. Diambil dari ruangan komen laman YouTube idola itu, tulis peminat berkenaan,

Ryeo-wook ah.. tolonglah diet sikit. Awak dah tak pandai jaga diri selepas bercinta ke? Jadi, kenapa awak masih jana wang dari peminat… Tarik diri sahaja dan jalankan bisnes kafe dengan kekasih awak ke apa ke.. Sebagai peminat 10 tahun awak, awak sangat menyedihkan.

Balas Ryeo-wook,

Jadi, saya yang menyedihkan. Saya juga kasihankan awak. Menyukai saya selama 10 tahun, agak menakutkan. Awak tak suka pun saya sepanjang 10 tahun itu, sepertinya awak menyukai diri sendiri kerana bertahan menyukai seseorang selama 10 tahun. Saya berharap awak muhasabah diri dan saya jana wang bukan kerana awak, tapi sebab saya bekerja keras. Saya menghabiskan masa bekerja keras, awak tak boleh bayang sejauh mana saya berusaha, Jangan pandang rendah apa yang saya buat dan jangan hidup dengan menyakiti orang lain. Buang masa sangat. Jangan suka sesiapa. Habiskan hidup awak seorang diri dan jangan menyusahkan orang lain.

ryeowook

Komen netizen lain selepas melihat interaksi itu,

  • Menyegarkan.
  • Kenapa ada yang risau dengan perasaan peminat tu? Pandai Ryeo-wook balas.
  • Sebab tu saya suka Ryeo-wook.
  • Dorang saling kutuk satu sama lain.
  • Pandai Ryeo-wook respon.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...