Ikuti Kami:

Ayah Mertua Terpalit Jenayah, Respon Lee Seunggi Konon Nak Lindungi Keluarga Undang Kecaman

Ayah Mertua Terpalit Jenayah, Respon Lee Seunggi Konon Nak Lindungi Keluarga Undang Kecaman

Ayah mertua yang buat hal, nama Lee Seung-gi pun nampaknya heboh menjadi bualan kini.

Menurut laporan pada 16 Jun, Mahkamah Agung Korea telah membatalkan keputusan tidak bersalah dalam kes manipulasi harga saham yang melibatkan ayah Lee Da-in, juga bapa mertua kepada Lee Seung-gi.

Tidak lama selepas laporan itu dimuat naik, agensi Lee Seung-gi terus mengeluarkan kenyataan rasmi yang berbunyi,

Kami dengan tulus meminta anda meninggalkan keluarganya sendirian. Lee Seung-gi sedang melakukan yang terbaik untuk menjadi ketua rumah tangga, bapa, suami dan menantu. Ibu dan bapa mertuanya telah menjadi datuk dan nenek. Kejadian ini berlaku sebelum Lee Seung-gi berkahwin lagi dan ia adalah sesuatu yang perlu diselesaikan oleh ahli keluarga mereka.

Sambung agensi,

Kami sekali lagi menulis untuk memberitahu anda bahawa tindakan undang-undang yang lebih ketat akan diambil jika kami melihat berita palsu atau komen berniat jahat terhadap Lee Seung-gi dan keluarganya.

lee seunggi father in law

Bagaimanapun, ramai netizen tidak berpuas hati sebab hanya kerana mereka datang dari keluarga selebriti, tidak bermakna mereka boleh menutup tentang jenayah yang dilakukan oleh ayah mertua pelakon itu. Komen netizen,

  • Macam mana pula dengan nasib keluarga mangsa yang ditipu?
  • Jadi walaupun mereka penjenayah, kita tak boleh bercakap tentang mereka sebab mereka adalah keluarga selebriti?
  • Berita ini belum menjadi tumpuan lagi tapi mereka terus fikir nak saman.

Hmm apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Daily Sports

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...