‘It’s Okay To Not Be Okay’ Diselar Tayang Babak Tidak Sensitif, Penonton ‘Back-Up’ & Puji Plot Drama Itu

it's okay to not be okay kontroversi

Bermula dengan drama “Backstreet Rookie” menerima hencapan kerana menggambarkan babak tidak sensitif di antara lelaki dewasa dan pelajar sekolah menengah perempuan, kini “It’s Okay To Not Be Okay” turut menerima tempias yang sama.

Sekiranya anda penonton setia drama psikologi itu, watak Ko Mun-yeong (Seo Ye-ji) merupakan seorang penghidap masalah anti-sosial lantas dia digambarkan sebagai seorang yang tiada perasaan empati bahkan tidak dapat membezakan mana yang salah dan mana yang betul.

Disebabkan oleh karakteristiknya itu, salah satu babak yang melibakan wanita itu nyata menimbulkan rasa tidak selesa sesetengah penonton. Semasa Ko Mun-yeong melawat Gang-tae (Kim Soo-hyun) di hospital tempatnya bekerja, penulis buku kanak-kanak itu tanpa segan telah menjerit dan menyatakan mahu tidur dengan lelaki itu sehingga menarik perhatian semua pesakit dan staf yang berada di situ.

it's okay to not be okay kontroversi

Bahkan babak tidak sensitif itu tidak terhenti di situ apabila wanita tersebut menerjah masuk ke dalam bilik persalinan kakitangan semasa Gang-tae sedang menukar bajunya. Walaupun sudah dihalang tetapi Mun-yeong berterusan memegang badan lelaki yang tidak berbaju itu.

Tak cukup dengan itu, Kwak Dong-yeon yang membawa watak Kwon Ki-do, seorang pesakit maniac mempunyai tabiat suka membuka baju dan menayang kemaluannya kepada orang ramai. Terserempak dengan Ko Mun-yeong semasa di tempat letak kereta, lelaki itu mula berasa malu apabila mengatakan bahawa alat kemaluannya itu ‘kecil’.

it's okay to not be okay kontroversi

Dek kerana beberapa babak yang berbaur seksual ini, ada segelintir penonton yang mempersoalkan sama ada babak seperti ini boleh ditayangkan di saluran televisyen. Bahkan menurut Artikel 30, Perenggan 4 bagi Peraturan Persetujuan Penyiaran, stesen televisyen tidak boleh menayangkan kandungan yang mengiakan gangguan seksual, keganasan seksual atau pun pelacuran.

Tambahan pula, Artikel 35(2) menyatakan bahawa kandungan yang berbaur seksual tidak boleh ditayangkan secara melampau dan langsung tidak boleh dikomersialkan sebagai adegan seks. Sekiranya bersalah, pihak penyiaran boleh dikenakan denda sebanyak 50 million won (RM178,000) atau pun kurang daripadanya selain boleh disekat tayangannya mengikut Artikel 100 dalam Akta Penyiaran.

Rata-rata penonton yang mendengarkan aduan ini merasakan bahawa mereka terlalu mengambil serius mengenai beberapa babak dalam “It’s Okay To Not Be Okay”.

Tolonglah lihat drama sebagai sebuah drama sahaja wahai orang yang senang terasa ini.

 

Kenapa jadikan benda yang remeh ini sebagai isu? Kalau macam itu, kaburkan sahaja semua babak intim!

 

Dah memang watak utama itu mempunyai masalah psiko, jadi mereka sertakan babak yang sesuai dengan perwatakannya, kenapalah nak over sangat? Lagi psiko, lagi menjadi drama ini..

 

Best sangat drama ini… mereka memang gunakan perkataan yang disebut dalam realitinya. Apabila ahli politik mencarut dan mengamuk, dan semasa Mun-yeong mencaci kerana terkejut melihat rusa di tengah jalan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply