Ibu Naeun & Gunhoo ‘Superman Returns’ Selamat Bersalin! Netizen ‘Speku’ Baby Boy Atau Baby Girl?

Siapa yang tonton rancangan “Superman Returns” mesti kenal sangat dengan keluarga Park Jooho kan? Kedua-dua orang anaknya iaitu Naeun dan Gunhoo berjaya membuatkan penonton jatuh suka sejak daripada awal kemunculan mereka lagi. Kakak yang bijak iaitu Naeun dan adik yang comel iaitu Gunhoo ternyata mampu mencairkan hati penonton tak kisahlah lelaki mahu pun wanita.

Kalau anda nak tahu, “Superman Returns” telah menerima anugerah utama (Daesang) di ‘2019 KBS Entertainment Awards’! Semasa ucapan penghargaan, ayah kepada Naeun dan Gunhoo telah mengumumkan satu berita yang sangat menggembirakan di mana keluarga Park bakal menerima ahli keluarga baru kerana Anna sah mengandung cahaya mata mereka yang ketiga.

park jooho umum anak ketiga

Anna juga dikhabarkan telah berlepas ke Switzerland bagi menantikan kelahiran anak mereka itu. Baru sahaja sebulan mengumumkan berita itu, ibu kepada anak-anak yang comel itu telah mendedahkan menerusi Instagramnya kelahiran cahaya mata ketiganya itu. Cepatnya!

 

 

View this post on Instagram

 

13.01.2020 Hello there baby Park💙 . And happy birthday @milany_p 💙

A post shared by Anna (@annanotpark) on

Anna juga tidak lupa untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada suami kesayangannya. Pastinya ini adalah hadiah yang paling bermakna untuk pemain bola sepak terkenal itu.

naeun dan gunhoo bakal dapat adik baru

Rata-rata netizen juga mengucapkan tahniah ke atas pertambahan ahli keluarga baru itu dan mereka menebak anak tersebut pastinya secomel Naeun dan Gunhoo. Mereka juga tertanya-tanya jantina anak ketiganya kerana wanita itu tidak mendedahkannya kepada orang ramai. Tapi mereka mengesyaki bahawa berkemungkinan besar dia adalah lelaki kerana pakaiannya berwarna biru tetapi ada netizen yang menjelaskan bahawa Anna merupakan seorang individu yang tidak gemar mengklasifikasikan jantina seseorang itu menerusi warna, jadi berkemungkinan anak ketiganya itu adalah perempuan.

“Selepas melihat Naeun dan Gunhoo. Saya tertanya-tanya bagaimana comelnya bayi ini nanti.”

“Lihatlah tangannya, sangat comel. Tahniah!!”

“Bayi itu memakai pakaian berwarna biru jadi mungkin dia adalah lelaki?”

“Macam manalah reaksi Gunhoo bila dah dapat adik hahaha.”

“Gunhoo dan jadi abang sekarang walaupun dia sendiri masih seorang bayi.”

“Melihatkan daripada bajunya, mesti bayi lelaki. Tahniah atas kelahiran ini!”

Makin meriahlah rancangan “Superman Returns” nanti! Tak sabar nak lihat bayi baru Park Jooho dan Anna nanti.

Sumber: Netizenbuzz

3 KOMEN

  1. Aku ingin bertanya, apakah gunhoo anak laki-laki atau perempuan, aku selama ini menganggapnya anak kecil perempuan yang berani, namun aku terkejut beberapa dari subtittle mengatakan bahwa dia tampan, dan menelusuri artikel artikel, aku tidak menemukannya, kumohon untuk menjawab

Leave a Reply