Ikuti Kami:

‘Hotel Del Luna’ Bakal Diadaptasi Sebagai Siri TV Amerika, Penonton Yakin Tak Mampu Tandingi Versi Asal

‘Hotel Del Luna’ Bakal Diadaptasi Sebagai Siri TV Amerika, Penonton Yakin Tak Mampu Tandingi Versi Asal

Mesti ramai yang merupakan peminat setia “Hotel Del Luna” iaitu drama fantasi romantik yang ditayangkan pada tahun 2019 kan? Bagi mengubati rindu anda, khabarnya naskhah tersebut bakal diadaptasi sebagai siri televisyen di Amerika Syarikat tak lama lagi!

Pada Februari lepas, syarikat CJ ENM dan Studio Dragon sudah pun menandatangani perjanjian bersama dengan sebuah syarikat produksi Amerika Syarikat iaitu Skydance Media bagi menghasilkan pelbagai drama dan filem untuk pasaran global.

Drama adaptasi “Hotel Del Luna” ini bakal digarap oleh Allison Schapker yang juga merupakan produser eksekutif siri “Altered Carbon”. Wanita ini juga dikenali menerusi beberapa naskhah lain seperti “Fringe”, “Scandal” dan “Alias”.

hotel del luna adaptasi amerika

Dengan langkah hebat ini, ketua kepada Bahagian Global di Studio Dragon berharap agar drama adaptasi “Hotel Del Luna” ini akan berjaya dan seterusnya akan membantu mereka untuk menghasilkan pelbagai lagi drama antarabangsa yang bakal menghiburkan ramai penonton. Selain berharap agar kandungan Korea terus ulung di mata dunia.

Walaubagaimanapun, kebanyakan peminat drama Korea sepertinya membantah idea adaptasi ini kerana merasakan bahawa “Hotel Del Luna” hanya sesuai ditayangkan dalam bahasa asalnya. Bahkan ramai yang mempersoalkan kenapa ramai penonton Barat sepertinya susah untuk menerima sesuatu naskhah itu sekiranya ia tidak disertakan dengan bahasa Inggeris sebagai medium percakapannya.

Kami tak mahukan drama adaptasi, kami mahukan musim kedua!

 

Tolonglah jangan rosakkan watak Jang Man-wol.

 

Susah sangat ke nak baca sari kata? Tiada siapa yang boleh lawan kehebatan versi Korea.

 

Kenapa perlu hasilkan drama adaptasi sedangkan drama asal boleh sahaja ditonton dengan mudah?

 

Kenapalah produser Amerika Syarikat mesti nak rebut semuanya?

 

Janganlah cuba untuk mengubah inti patinya untuk kesesuaian orang Amerika Syarikat! Baca sahaja sari kata bahasa Inggeris yang disediakan.

Nantikan sahaja berita lanjut mengenai drama adaptasi “Hotel Del Luna” ini. Mungkin best, siapa tahu?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...