Hidup Seperti Orang Asing, Abang Sulli Mengamuk Ayah Mereka Mahu Rebut Aset Peninggalan Mendiang!

bapa berebut aset peninggalan harta sulli

Ramai mesti masih teringat lagi dengan kisah pemergian bintang K-Pop iaitu Sulli pada Oktober tahun lepas. Baru sahaja berusia 25 tahun tetapi gadis tinggi lampai itu nekad mengambil nyawanya sendiri di kediamannya. Meskipun tidak tahu punca yang mendorongnya membuat keputusan tragis itu tetapi ramai yang menebak bahawa dia tidak tahan dengan komen jahat yang ditinggalkan oleh golongan yang membencinya.

Selepas pemergian Sulli itu, ada pula khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa kedua ibu bapa Sulli kini sedang ber’perang’ mengenai hal urusan pewarisan harta yang ditinggalkan oleh pelakon wanita itu. Walaubagaimanapun salah seorang abang Sulli yang rapat dengannya telah menolak segala harta tersebut kerana ingin menghormati hasil titik peluh adiknya.

sulli

Terbaru, abangnya itu telah meluahkan perasaan marah terhadap ayahnya kerana sibuk bertanyakan mengenai harta Sulli di sebuah entri menerusi laman Instagramnya.

abang sulli

“Saya menanggung kesedihan adik saya secara sendiri tetapi macam mana seorang ayah boleh berkongsi mengenai masalah aset peninggalan tersebut dengan rakannya dan bukannya kesedihan kerana kehilangan seorang anak perempuan.”

Tambahnya, “Dia merupakan seseorang yang belum menziarahi makamnya lagi.. Saya tidak mahu terlampau peribadi tetapi seseorang yang bercakap dan bertindak secara berlainan perlu ditunjukkan di luar sana. Jikalau kita adalah orang asing, marilah terus hidup seperti itu.”

Abangnya itu turut memuat naik satu tangkapan skrin mesej ayahnya yang dihantar kepada rakannya. Ayah mereka mendedahkan bahawa dia sudah jadi seperti orang asing dengan bekas isterinya selepas bergaduh tentang aset peninggalan Sulli.

“Anak perempuan kami yang telah pergi dulu ada meninggalkan aset. Saya bergaduh dengan ibu kepada anak kami tentang hal ini dan kami hidup seperti orang asing kini.”

Dia juga menambah bahawa dia berharap dapat menggunakan aset peninggalan selebriti itu untuk kepentingan masyarakat dengan nama Tuhan.

Selepas mendedahkan masalah itu kepada pengetahuan umum, abangnya itu memberitahu bahawa ayah mereka telah menghubunginya dan memarahi kerana merosakkan imejnya dan bukannya mengaku kesalahannya.

ayah sulli

“Saya terkejut kerana dia hanya menghubungi untuk bercakap tentang fitnah dan turut mencaci ibu kami serta mengungkit perkara yang lepas. Penipuan tentang ayah? Saya memang tak kenal awak tetapi awak juga tidak tahu apa-apa tentang saya. Awak hanyalah seorang ayah yang mahukan harta perwarisan anak perempuannya tetapi mahu mengelak cukai harta. Awak adalah orang yang cakap mahu hidup sebagai orang asing dengan ibu yang membela kami. Kalau itu yang awak mahukan, maknanya awak juga orang asing dengan saya. Melihatkan awak yang hubungi saya sambil marah-marah, betullah apa yang dikatakan oleh ibu saya.”

Tak cukup dengan itu, abang Sulli turut mendedahkan bahawa ayahnya telah menipu dengan mengatakan bahawa dia sudah dua kali melawat makam anak perempuannya itu. Dia menuduh ayahnya menggunakan gambar orang lain dan mengatakan bahawa itu adalah dia.

ayah sulli

“Awak boleh lihat tanah yang digunakan dalam gambar di bawah. Jadi awak nak beritahu saya yang awak curi gambar orang lain dan berlakon seperti awak berada di sana pada hari itu? Adakah ini fitnah yang awak cakapkan itu? Tepuk tangan kerana awak cuba untuk menjelaskan diri sendiri. Gambar pertama pun tiada kredibiliti langsung. Tak malu ke memandangkan awak juga merupakan ahli gereja?”

Abangnya itu juga dikhabarkan sudah mendapatkan khidmat peguam bagi melawan ayahnya mengenai isu aset peninggalan Sulli ini. Dia juga berkeras tidak akan menjual kediaman di bawah nama Sulli tambahan pula sekiranya duit jualan tersebut bakal digunakan untuk membayar cukai perwarisan harta.

abang sulli

Rata-rata netizen melahirkan rasa meluat dengan ayah selebriti itu yang tiada empati dan simpati langsung terhadap kematian anaknya sendiri. Mereka juga menebak bahawa dia telah disogok oleh orang gerejanya untuk mendapatkan duit tersebut untuk kegunaan mereka dan kononnya digunakan dengan nama Tuhan.

Sumber: Koreaboo(1)(2), Netizenbuzz

1 komen

Leave a Reply