Sudah 4 tahun bertungkus lumus dalam dunia K-Pop, tidak peliklah kenapa kumpulan TWICE mempunyai jutaan peminat daripada seluruh pelosok dunia. Lebih sinonim dengan lagu ceria dan ‘up beat’, kumpulan yang dianggotai oleh 9 gadis ini nyata membawa keceriaan dalam hidup peminat tak kisahlah lelaki mahupun wanita.
Bukan sahaja memberikan kuasa yang positif kepada orang ramai bahkan salah satu lagu TWICE kini dikatakan telah menghiasi sebuah filem animasi perisik komedi iaitu “Spies In Disguise”! Lebih menyeronokkan kerana filem itu diterajui oleh bintang Hollywood terkenal iaitu Will Smith dan Tom Holland.
Tiada pengumuman rasmi dibuat tetapi ramai peminat yang terkejut kerana lagu “Knock Knock” telah disenaraikan pada kredit akhir pada skrin semasa tayangan filem animasi tersebut.
Twices song Knock knock its in the new animated movie #SpiesinDisguise and thats makes the, the first kpop group to have a song in an animated movie #Twice #KnockKnock @JYPETWICE
Also the movie its super funny