Hanya Kerana Tayang Dahi, Momo TWICE Trending Sehingga Kalahkan Trend #AppleEvent!

momo twice

Kumpulan TWICE merupakan antara pelapis K-Pop generasi baru yang sangat popular dalam kalangan warga Korea dan seluruh dunia! Dianggotai oleh 9 orang gadis yang cantik dengan pelbagai personaliti menarik, pastinya mereka mampu menambat hati peminat tak kiralah lelaki mahupun perempuan.

Apa sahaja yang melibatkan kumpulan yang berusia hampir 4 tahun ini pasti akan menjadi buah mulut peminat K-Pop selain akan trending di laman media sosial. Seperti apa yang terjadi baru-baru ini apabila salah seorang daripada ahli kumpulan itu iaitu Momo telah trending di Twitter sehingga mengalahkan trend #AppleEvent. Walaupun acara itu telah lama dihebohkan dan dinantikan oleh peminat gajet jenama Apple, Momo berjaya menandingi mereka! Hebatnya!

momo twice trending

Momo telah trend bukan sahaja di Korea bahkan di seluruh dunia termasuklah di USA, UK, Canada, UAE, Australia, Germany, Netherlands, Italy, Brazil, India, Chile, Mexico, Singapore, Philippines, dan Indonesia. Jangan terkejut sebab gadis itu juga trending di Malaysia tahu.

Tapi ramai mesti tertanya-tanya, apa yang menyebabkan Momo trending dengan begitu meluas sekali? Selidik punya selidik, rupanya dia telah trending kerana stail rambutnya untuk teaser album mini terbaru TWICE iaitu ‘Feel Special’ telah mengejutkan peminat. Momo memang sinonim dengan rambut depannya yang sentiasa menutup dahi. Jadi apabila teaser itu dikeluarkan dan rambut depannya kelihatan disebak ke atas lalu menampakkan dahi, ramai ONCE yang menjadi tidak keruan!

momo twice

Bukan sahaja peminat yang terkejut dengan trending ini, taikun bisnes besar pun garu kepala melihatkan fenomena itu.

jack phan

Hebat betul penangan kumpulan TWICE ni ya! Pasal stail rambut pun boleh trending hingga ke serata dunia. Jangan lupa nantikan kemunculan semula mereka dengan album mini ke-8 yang bertajuk ‘Feel Special’ pada 23 September ini!

Sumber: Allkpop

Leave a Reply