Ikuti Kami:

Hampir 2 Tahun Bercinta, Rakan Artis Sebut Tentang Majlis Perkahwinan IU & Lee Jongsuk

Hampir 2 Tahun Bercinta, Rakan Artis Sebut Tentang Majlis Perkahwinan IU & Lee Jongsuk

Pejam celik pejam celik, sudah hampir dua tahun sejak hubungan IU dan Lee Jong-suk didedahkan kepada umum.

Terbaru menerusi saluran YouTube ‘Vivo TV’, Jo Hye-ryun berkongsi kepada Song Eun-yi bahawa dia sedang sibuk melakukan video cabaran tarian bersama ramai idola untuk lagu barunya. Soal Song Eun-yi,

Adakah reaksinya berbeza berbanding ketika awak keluarkan ‘Anacana’?

Jawab Jo Hye-ryun,

Lagu itu dikeluarkan pada 2005 dan pada waktu itu, tiada pun orang datang jumpa saya. Tapi lagu itu terus jadi popular ketika saya mempersembahkannya di majlis perkahwinan.

jo hyeryun song eunyi

Kemudian, wanita itu mengaku,

Ia adalah impian saya untuk menyanyi di majlis perkahwinan IU dan Lee Jong-suk. Saya sanggup bayar sehingga 3 milion won.

Sambungnya lagi berseloroh,

Tapi saya tak rasa mereka akan izinkan.

Sementara itu, hubungan Lee Jong-suk dan IU telah didedahkan kepada umum sejak 31 Disember 2022.

Semoga ada berita gembira tentang mereka tak lama lagi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...