Gosip Bertimpa-Timpa, Agensi Hyunbin Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang!

hyunbin

Bagi yang tidak tahu, beberapa selebriti terkenal Korea telah terpalit dengan kontroversi panas apabila mesej peribadi salah seorang pelakon terkenal iaitu Joo Jinmo telah digodam dan isi kandungannya disebarkan ke serata internet. Kenapa panas? Sebabnya segelintir daripada mereka didedahkan melanggan pelacur walaupun sudah mempunyai isteri selain sering melepak di premis yang menawarkan perkhidmatan ‘hiburan’.

Salah satu nama pelakon yang dipetik ialah Hyunbin kerana dia dikatakan rapat dengan beberapa selebriti tersebut iaitu Joo Jinmo dan Jang Donggun kerana mereka sering bermain golf sekali. Walaubagaimanapun, selepas khabar angin itu bertiup kencang di seluruh media sosial, kesemua pelakon tersebut lebih senang mendiamkan diri dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenai insiden memalukan tersebut.

hyunbin

Mungkin terlampau berat tuduhan yang dikenakan selain ada juga khabar angin yang mengatakan bahawa dia bakal berkahwin dengan rakan artis Son Yejin, agensi naungan Hyunbin telah mengeluarkan satu pengumuman bagi membersihkan nama pelakon mereka itu.

“Hello, ini adalah VAST Entertainment. Agensi kami kini sedang mengumpulkan semua bukti mengenai tuduhan palsu dan khabar angin buruk bagi melindungi hak artis di bawah nagungan agensi ini. Kami meminta peminat supaya menghantar secara terus segala informasi yang ada sekiranya mereka terjumpa dengan khabar angin buruk mengenai artis kami. Terima kasih.”

Nampak gayanya, agensi naungan Hyunbin terpaksa tampil ke hadapan kerana ramai yang membuat spekulasi buruk mengenai khabar angin yang mengikutinya sejak kebelakangan ini. Tetapi mereka tidak menyatakan secara spesifik apakah gosip yang terpalit pada pelakon lelaki itu di dalam kenyataan tersebut.

Sumber: Soompi

Leave a Reply