Ikuti Kami:

Gong Yoo Dedah Hampir Tolak Berlakon Dalam ‘Coffee Prince’!

Gong Yoo Dedah Hampir Tolak Berlakon Dalam ‘Coffee Prince’!

Peminat K-Drama tegar sejak lama dahulu mesti pernah tengok drama “Coffee Prince” kan? Lakonan memukau Gong Yoo berjaya mencairkan hati ramai gadis di luar sana sehingga membuatkan namanya mula menjadi sebutan netizen!

Menerusi rancangan “Lee Dongwook Wants To Talk”, lelaki tampan itu mendedahkan bahawa dia sebenarnya bermati-matian tak mahu lakonkan watak Choi Hankyul, seorang pemilik kafe dalam naskhah ‘hit’ itu.

gong yoo

Pada tahun tersebut (2007), Gong Yo menyatakan bahawa dia menerima tawaran drama itu ketika dia was-was sama ada lakonan adalah jalan yang mahu dilaluinya sepanjang hidup. Dengan minda yang serabut dan terseksa, dia tetap bersetuju untuk berlakon dalam “Coffee Prince” pada akhirnya.

“Sejujurnya, saya sedaya upaya mengelak daripada berlakon dalam drama tersebut. Naskhah itu adalah bagus dan menghiburkan tetapi saya sudah menghampiri usia 30-an ketika itu dan bakal menghadapi latihan khidmat ketenteraan selepas itu. Saya mengalami dilema yang realistik pada usia tersebut.

“Saya diperkenalkan dengan projek itu ketika saya sedang was-was dengan kerjaya sebagai seorang pelakon. Saya mahu menjadi pelakon yang ada warna tersendiri. Saya tertanya-tanya sama ada saya sedang membuang waktu. Fikiran sedemikian banyak menyeksa saya semasa itu.”

coffee prince

Pun begitu, Gong Yoo bersyukur kerana dia menerima juga drama “Coffee Prince” kerana itu adalah satu titik perubahan dalam karier seninya. Disebabkan drama itu, dia kembali yakin dengan kerjayanya sebagai seorang pelakon!

Lihat sejauh mana perjalanan lelaki itu selepas drama “Coffee Prince” meletup! Kini, dia merupakan antara pelakon terbaik dalam industri seni Korea.

Sumber: Koreaboo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...