Selepas “Doctor Slump” tamat, Park Hyung-sik nampaknya telah menerima pelbagai tawaran untuk projek baru.
Terbaru pada 26 Mac, media melaporkan bahawa Park Hyung-sik bakal terajui drama SBS baru berjudul “Treasure Island”. Bagaimanapun, agensinya masih belum memberi apa-apa respon lagi setakat ini.
Untuk pengetahuan, drama ini akan mengikuti seorang lelaki yang menggodam dana politik sebanyak 2 trilion won untuk terus hidup dan seorang ahli politik yang tanpa disedari, telah membunuh lelaki itu. Akhirnya, mereka kehilangan wang itu selamanya-lamanya.
Namun, penggodam itu terselamat tetapi kembali dengan ingatannya yang hilang, membawa plot yang tidak dapat diramal.
Jika Park Hyung-sik menerima tawaran ini, dia dijangka akan menghidupkan watak Seo Dong-joo, ketua pasukan kerjasama luar di sekretariat pengerusi Kumpulan Daehan, yang dikurniakan ingatan melalui gambar.
Sama-sama kita nantikan mkalumat lanjut mengenai “Treasure Island”!