Ikuti Kami:

Gayakan Baju Melayu Sebagai Juri Jemputan ‘Dansa Dan Sing’, Ada Pula Pertikai Hanbyul Sebut ‘Assalamualaikum’?

Gayakan Baju Melayu Sebagai Juri Jemputan ‘Dansa Dan Sing’, Ada Pula Pertikai Hanbyul Sebut ‘Assalamualaikum’?

Rasanya boleh dikatakan bahawa artis Korea yang paling popular di Malaysia sekarang ini ialah Jang Hanbyul kan? Mula mencipta nama dalam industri seni tempatan apabila berjaya menjuarai rancangan realiti “Big Stage 2019” meskipun disertai oleh ramai artis Malaysia dan luar negara lain. Masih lagi baru dalam industri ini tapi rata-rata netizen memberikan sokongan yang padu kepadanya kerana kemantapan vokalnya selain persembahan yang tak pernah mengecewakan!

hanbyul juri di dansa dan sing

Terbaru, sebuah rancangan realiti baru telah diperkenalkan oleh Astro iaitu “Dansa Dan Sing” di mana beberapa artis tempatan telah dijemput menjadi peserta dan perlu mempersembahkan lagu sambil menari bersama kumpulan tarian profesional. Konsepnya ialah 10 penyanyi dan 10 kumpulan tarian ini akan diundi melalui undian online oleh penonton.

Mengejutkan apabila semasa episod pertamanya semalam, Hanbyul kelihatan selesa duduk sebagai juri jemputan di samping juri tetap iaitu pereka fesyen terkenal iaitu Rizalman dan koreografer terkemuka iaitu Linda Jasmine. Kesemua penonton rancangan itu memuji penyanyi Korea tersebut yang kelihatan santai dan selesa walaupun ini adalah kali pertama dia diberikan tugas sebagai juri.

hanbyul juri di dansa dan sing

Penonton juga terkejut apabila melihat dia memakai baju Melayu dengan blazer tersangkut kemas di luarnya. Mereka semua memuji Hanbyul yang sering cuba mempelajari dan mempraktikkan budaya tempatan.

hanbyul juri di dansa dan sing

Hanbyul juga beberapa kali memberikan salam kepada peserta “Dansa Dan Sing”, mungkin sebagai salam perkenalan. Tetapi nampaknya ada segelintir individu yang menganggap bahawa perbuatan itu seperti memperlekehkan agama. Pulak!

hanbyul juri di dansa dan sing

Pun begitu, ramai netizen lain yang tampil ‘back up’ Hanbyul dan menyatakan bahawa ‘Assalamualaikum’ adalah ungkapan sapaan dan boleh digunakan untuk yang bukan Muslim juga.

hanbyul juri di dansa dan sing

Apa-apa pun, Hanbyul telah menjalankan tugasnya sebagai juri jemputan dengan baik sekali! Ternyata Linda dan Rizalman tidak mampu menyentuh daripada aspek vokal kerana ianya bukan kepakaran mereka tetapi dengan adanya juara “Big Stage 2019” itu, dapatlah dia memberikan sedikit tips mengenai nyanyian kepada para peserta rancangan baru itu.

Sumber: Youtube, Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...