Ikuti Kami:

Gangster Motosikal Jepun Ini Ubah Gaya Hidup Selepas Kenali Kumpulan TWICE!

Gangster Motosikal Jepun Ini Ubah Gaya Hidup Selepas Kenali Kumpulan TWICE!

Meminati idola K-Pop ini kadang-kadang bukanlah suatu perkara yang membuang masa. Kalau anda teliti betul-betul, ramai orang yang mendapat pengaruh positif apabila meminati sesuatu kumpulan idola. Contohnya apabila melihat mereka memberi sumbangan yang banyak kepada organisasi yang memerlukan, ketangkasan diri untuk menjalani semua jadual seni tanpa henti dan banyak lagi.

Sama juga dengan seorang peminat kumpulan TWICE yang berasal daripada Jepun ini. Menurut entrinya di laman Twitter, dia mengakui pernah menjadi seorang gangster motosikal yang dikenali sebagai bōsōzoku sebelum mengubah jalan hidupnya selepas mengenali kumpulan wanita tersebut.

twice

Menurutnya, selepas tanpa sengaja mempelajari mengenai kumpulan popular itu, dia sedar bahawa dia sepatutnya berubah ke jalan yang lebih baik. Dia kemudiannya menjual motosikalnya itu sebagai pertukaran dengan muzik, selain dia sangat berbangga dengan identitinya sebagai peminat K-Pop kini!

gangster jepun berubah selepas kenali twice

“Dua tahun lepas, saya tidak akan terbayangkan bahawa saya akan menjadi seorang peminat suatu hari nanti. Dua tahun lepas, saya hanya impikan pemecut dan klac dan bukannya lightstick dan suara seorang peminat. Ia seperti mengubah nilai dan memikirkan apa yang membuatkan anda seronok. Pertama sekali, jangan fikir ada satu sahaja cara untuk berfikir!”

Nampaknya hebat juga penangan kumpulan TWICE ini. Sehingga dapat mencairkan hati seorang gangster! Kisah inspirasi lelaki itu juga telah meraih hampir 70,000 kicauan di laman Twitter, mungkin kerana ramai yang gembira melihat perubahannya itu.

Sumber: Koreaboo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...