Ikuti Kami:

Gandingan Go Ara & Lee Jaewook, Saksikan Drama Komedi Romantik ‘Do Do Sol Sol La La Sol’ Pada Ogos Ini

Gandingan Go Ara & Lee Jaewook, Saksikan Drama Komedi Romantik ‘Do Do Sol Sol La La Sol’ Pada Ogos Ini

Selepas setahun berehat daripada dunia lakonan, pelakon Go Ara dikhabarkan bakal kembali beraksi di kaca televisyen menerusi drama “Do Do Sol Sol La La Sol” di bawah saluran KBS bermula Ogos nanti.

Ia adalah sebuah kisah komedi romantik mengenai seorang pemain piano Goo La-la (Go A-ra) yang jatuh terduduk apabila keluarganya mengalami kegagalan. Cuba untuk bangun dengan melawat ke sebuah akademi piano La La Land yang terletak di sebuah perkampungan kecil, tanpa sengaja wanita ini telah berkenalan dengan seorang lelaki yang dingin dan misteri iaitu Sun Woo-joon (Lee Jae-wook) yang sepertinya menyimpan pelbagai rahsia.

Sesuai dengan watak tersebut, Go A-ra berjaya mengubah dirinya kepada seorang yang optimistik dan ceria seperti Goo La-la. Lee Jae-wook juga dengan senangnya berjaya melakonkan dua personaliti berbeza Sun Woo-joon yang nampak kasar tetapi sebenarnya sangat teliti dan baik hati.

do do sol sol la la sol

Kim Joo-heon pula diberi tanggungjawab untuk menggalas tanggungjawab membawa watak Cha Eun-seok. Lelaki ini ialah seorang pakar ortopedik yang mengalami sindrom ‘burnout’ dan hilang segala semangat dan motivasi dengan hidup. Dia juga bakal menjadi ‘pelindung’ kepada watak Goo La-la dan akan merebut hati penonton dengan personalitinya yang baik hati dan matang.

Menurut produser drama “Do Do Sol Sol La La Sol”, mereka langsung tidak berasa bosan kerana kemampuan setiap daripada pelakon yang mampu menghidupkan watak mereka dengan baiknya. Pihak drama ini juga meminta semua penonton supaya menantikan kehebatan sinergi di antara setiap watak yang berbeza warna dan kualitinya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...