Ikuti Kami:

Gambar Lisa Blackpink Dakap Erat Ayah Tirinya Sentuh Hati Netizen

Gambar Lisa Blackpink Dakap Erat Ayah Tirinya Sentuh Hati Netizen

Siapa tak kenal dengan Blackpink? Artis K-Pop yang paling ‘hot’ sekarang ini sehingga dikenali ke seluruh pelosok dunia! Punyalah popular, sampaikan salah seorang ahli kumpulan itu bernama Lisa memegang rekod sebagai artis K-Pop yang mempunyai jumlah pengikut terbanyak di Instagram iaitu mencecah hampir 25 juta orang!

Kalau anda nak tahu, Lisa ataupun Lalisa Manoban ini sebenarnya berasal daripada Thailand dan mula berlatih menjadi idola sejak dari bangku sekolah lagi. Disebabkan dia berasal daripada negara Thailand dan juga merupakan antara negara yang penuh dengan peminat K-Pop, sudah pasti ramai rakyat Thai yang mengenalinya.

hubungan akrab ayah tiri dan lisa blackpink sentuh hati peminat

Lisa yang kini menetap di Korea kerana aktiviti seninya, agak susah baginya untuk pulang ke tempat kelahirannya selalu. Jadi apabila mempunyai cuti yang panjang, pasti gadis itu akan berusaha untuk balik dan bertemu dengan keluarga tercintanya. Baru-baru ini, gambarnya bersama ayah tirinya di sebuah lapangan terbang di Thailand telah berjaya menyentuh hati netizen.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...