Wow, Leo VIXX atau Jung Taek-woon bakal berlakon filem pertamanya!
Bersama Jeon So-min dan Ji Seung-hyun, dia akan menerajui filem thriller romantik “Veranda” di mana ia bakal membongkar rahsia dan kebenaran disebalik penduduk di sebuah kompleks apartmen.
Apa yang menarik, pihak produksi merancang untuk mengurangkan beban daripada genre ‘thriller erotik’ yang sedia ada dan mencipta keseronokan serta emosi yang unik melalui naratif sensual.
Leo akan membawa watak Aden di mana dia merupakan lelaki misteri yang mempelajari mengenai rahsia Jung Ha-yeon (Jeon So-min) melibatkan kematian suaminya.
Nantikan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.