‘Extreme Job’ Bawa Kisah Kelakar Skuad Polis Menyamar Jadi Tauke Kedai Ayam Goreng!

extreme job undang ketawa

Walaupun takhtanya telah dicuri oleh “Parasite” sebagai filem paling ramai penonton tetapi “Extreme Job” masih lagi menjadi buah mulut orang sehingga ke hari ini. Membawa latar belakang anggota polis dalam penyamaran, naskhah ini nyata menghiburkan kerana penuh dengan unsur komedi!

Sinopsis

Kapten Ko (Ryu Seungryong) merupakan seorang ketua bagi skuad dadah yang pecah menanti belah dan turut dianggotai oleh Lee Honey, Jin Sunkyu, Lee Donghwi dan Gongmyung. Filem ini dibuka dengan babak skuad ini cuba menumpaskan sekumpulan orang tengah bagi pengedaran dadah namun gagal dengan teruk sekali. Sehinggakan skuad mereka diugut bakal dibubarkan lantas mereka menyusun strategi untuk memberkas satu kancah dadah terbesar dalam bandar itu supaya dapat mengembalikan maruah skuad tersebut.

extreme job

Bagi memastikan rancangan ini berjaya Kapten Ko telah berkorban dan menggadaikan hartanya supaya dapat membeli sebuah kedai ayam goreng kecil sebagai tempat penyamaran kerana dekat dengan sarang pengedar dadah tersebut. Bermula hanya untuk mengaburkan identiti mereka, tetapi siapa sangka kedai mereka itu mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada ramai orang sehinggakan pelanggan sanggup beratur panjang untuk merasai keenakan ayam goreng mereka. Seronok kerana mendapat bayaran yang lumayan, skuad ini mula lupa tentang misi asal mereka untuk mematahkan pengedaran dadah terbesar itu.

extreme job

Kelakar sangat!

Separuh daripada filem “Extreme Job” ini dipenuhi dengan elemen lawak sehinggakan penonton tidak kering gusi menontonnya. Kegigihan skuad ini bagi membanteras kancah dadah berubah menjadi lain apabila mata mereka gelap selepas menerima wang yang lumayan daripada bisnes ayam goreng itu.

extreme job

Rupanya filem ini turut mendapat sambutan yang membanggakan di Malaysia. Lihatlah reaksi para pengguna Twitter ini yang masih berbaki ketawa apabila berbincang mengenai “Extreme Job”.

extreme job

Kalau sesiapa yang belum pernah melihat filem “Extreme Job” ini, pastikan anda menontonnya nanti! Serius best kalau anda nak lepas stress kerja atau pun belajar, confirm lupa segala masalah lepas gelak tak berhenti dengan gelagat mereka semua ini!

extreme job

Sumber: Twitter

Leave a Reply