Ikuti Kami:

“Entah-Entah..” – Kerap Luang Masa Bersama, Ramai Syak Lee Dongwook & Gong Yoo Bercinta?

“Entah-Entah..” – Kerap Luang Masa Bersama, Ramai Syak Lee Dongwook & Gong Yoo Bercinta?

Bermula dari “Goblin”, hubungan Lee Dong-wook dan Gong Yoo nyata terus utuh sehingga kini.

Terbaru, kedua-duanya dilihat menghadiri perlawanan besbol ‘MBL Seoul Series 2024’ bersama beberapa artis lain seperti Hyunbin, Son Ye-jin, Kim Jae-wook, Song Joong-ki dan lain-lain.

Pun begitu, ramai yang lebih tertarik melihat keakaraban sahabat baik itu yang memakai pakaian uniform seragam dan asyik bersembang dengan satu sama lain. Bukan itu sahaja, ini bukan kali pertama mereka menghabiskan masa bersama.

lee dongwook gong yoo

Terdahulu, Gong Yoo yang jarang muncul di kaca televisyen tidak segan silu menerima pelawaan Lee Dong-wook untuk sama-sama menghadiri rancangan “Pinggyego”. Malah mereka tak lepas dari menyentuh sama lain seperti di bahu dan peha di mana membuktikan mereka sangat selesa dengan satu sama lain.

Lebih menarik apabila satu klip telah dimuat naik baru-baru ini di mana ia merupakan rakaman belakang tabir untuk satu photoshoot majalah. Gong Yoo yang berinteraksi dengan rapat bersama Lee Dong-wook mengutarakan ayat yang nyata mengejutkan dan menghiburkan ramai,

Saya hampir menciumnya. Hari ini, kami akan berkahwin.

lee dongwook gong yoo

Komen netizen yang melihat interaksi mereka di perlawanan besbol itu,

Boleh jadi dorang bercinta..

 

Dorang nampak lagi rapat dari pasangan Hyunbin dan Son Ye-jin.

 

Entah-entah dorang..

 

Dah boleh berlakon drama BL (lelaki dan lelaki) sekali.

 

Korang je lah bercinta!

Teringat drama “Coffee Prince”..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...