Emosi Turun Naik Semasa Episod Akhir ‘Mystic Pop-Up Bar’, Penonton Puas Hati Tapi Rating Kekal Rendah

episod akhir mystic pop-up bar

“Mystic Pop-Up Bar” ternyata merupakan salah satu K-Drama unik yang ditayangkan untuk tahun ini. Sejak daripada episod pertama lagi, naskhah itu sudah berjaya menarik perhatian penonton sehingga membuatkan semua duduk dan fokus sehingga ke penghujungnya.

Episod akhir penuh emosi

Kang-bae anak Chief Gwi dan Weol-ju

Bahagian terakhir drama ini sedikit mengejutkan apabila Kang-bae didedahkan sebagai roh kepada anak di antara Weol-hu dan Chief Gwi – meskipun ramai yang dah boleh agak plot ini. Pun begitu, ramai yang kecewa melihat pasangan itu menangis apabila menyedari bahawa mereka tidak dapat hidup sebagai sebuah keluarga yang bahagia.

Dah lah sedih, makin serabut apabila Kang-bae pula tiba-tiba diculik!

Kang-Bae diculik Won-hyung

Dengan menggunakan pegawai polis dalam dunia akhirat, Won-hyung telah merasuknya dan membuat helah supaya Chief Gwi segera meninggalkan kedai makan tersebut. Ingatkan lelaki itu nak bunuh Weol-ju, tetapi dia kemudiannya menyamar sebagai wanita itu dan mengajak Kang-bae menemaninya ke sebuah kilang tinggal yang berdekatan.

episod akhir mystic pop-up bar

Chief Gwi dibunuh

Chief Gwi dan Weol-ju terus meluru ke kilang tersebut namun kawasan itu sudah pun dikerumuni oleh roh jahat yang dilengkapi dengan senjata. Dengan bantuan Yeo-rin, kedua mereka berjaya berdepan dengan Won-hyung. Pun begitu, dalam pertempuran itu, lelaki jahat tersebut telah membaling kapak ke arah Weol-ju dan Kang-bae. Tidak betah melihat situasi itu, Chief Gwi melompat ke arah dua orang kesayangannya dan akhirnya ia memakan diri sendiri.

Tipulah kalau ada yang cakap babak ini tidak sedih langsung! Pengorbanan Chief Gwi tersebut bukan sahaja meremukkan hati Weol-ju dan Kang-bae malahan penonton setia turut berduka sama.

episod akhir mystic pop-up bar

100,000 dendam selesai juga

Kembali ke dunia pengadilan, Weol-ju sedar yang dia gagal menyelesaikan kesemua kuota dendam yang diperlukan supaya dia boleh dihidupkan semula. Walaubagaimanapun, Yeomradaewang menjelaskan bahawa sebenarnya semua sudah habis diselesaikan dan dendam Weol-ju semasa menyelamatkan Kang-bae juga dikira sebagai salah satu daripadanya.

Tidak mahu hidup dalam kemewahan, wanita itu meminta untuk kembali semula ke kedai makan miliknya. Namun kejutan untuk semua apabila Chief Gwi juga kembali daripada mati! Dihidupkan semula kerana pengorbanan mereka, Weol-ju dan Chief Gwi berpelukan dengan gembiranya.

episod akhir mystic pop-up bar

Meskipun Kang-bae mengalami masalah namun dia terserempak juga akhirnya dengan kedai makan yang seperti dikenalinya. Akhirnya, kesemua watak kembali bahagia dan meneruskan bisnes melunaskan dendam mereka!

Rating sederhana sepanjang tayangan

Meskipun dihiasi dengan efek grafik yang menakjubkan serta plot cerita yang mantap, tapi sepertinya rating “Mystic Pop-Up Bar” ini hanya mampu mencatatkan angka yang biasa sahaja. Catatannya hanya berada dalam linkungan 1% sehingga 3% sahaja.

episod akhir mystic pop-up bar

Tapi jangan hukum sesebuah drama itu hanya berdasarkan ratingnya sahaja! Menurut penonton setia naskhah ini, ia adalah sebuah drama yang patut diberi peluang kerana plotnya yang unik dan padat. Bahkan semua pelakon berjaya membawakan watak mereka dengan hebatnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply