Macam tak percaya kan dah 5 tahun sejak Goo Hara meninggalkan kita semua..
Terbaru menerusi program SBS “Unanswered Questions”, Han Seung-yeon KARA telah tampil menjawab beberapa soalan berkaitan sahabatnya, Goo Ha-ra.
Ketika sesi temu bual, Seung-yeon sambil tersenyum berkongsi tentang panggilan mereka untuk satu sama lain,
Saya pernah memanggilnya ‘ppaeppong’ kerana dia sangat kurus dan dia panggil saya ‘jjoppong’ kerana saya pendek.
Kemudian, Seung-yeon juga terus menangis ketika mengimbau kembali kenangan indahnya bersama mendiang,
Dulu, saya dan Ha-ra pernah rasa sangat tertekan sehingga kami pergi ke pantai bersama-sama. Di sana, kami bermain permainan arked dan membeli bunga api. Kami juga main besbol dan makan bersama.
Luahnya lagi,
Saya sangat menikmati hari itu sehingga saya berharap saya dapat menjalani hari seperti itu bersamanya lagi.
Rindunya kat Goo Ha-ra..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.