Ikuti Kami:

Dream Sama Kelakar Dengan Ayahnya, Haha & Byul Dedah Wajah Anak Sulung Mereka!

Dream Sama Kelakar Dengan Ayahnya, Haha & Byul Dedah Wajah Anak Sulung Mereka!

Umum mengetahui bahawa ahli “Running Man” iaitu Haha telah pun mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dengan seorang penyanyi solo iaitu Byul. Rumah tangga mereka diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata sulung yang dinamakan sebagai Dream pada tahun berikutnya. Tak cukup dengan seorang anak lelaki, mereka mengalu-alukan pula kelahiran seorang lagi anak lelaki iaitu Sowool pada tahun 2017. Terbaru, pasangan ini telah melahirkan seorang pula bayi perempuan dinamakan sebagai Song Yi. Dah 3 orang, memang semakin meriah keluarga Haha dan Byul!

haha dan byul akhirnya dedah gambar anaknya dream

Tapi kalau anda perasan, Haha tak pernah langsung menayangkan gambar anak-anaknya itu langsung sehingga kini. Mungkin juga kerana mahu menghormati privasi anaknya supaya tidak dikenali oleh orang ramai. Pun begitu, hampir saban episod “Running Man”, Haha pasti akan menyebut nama anaknya itu.

Jangan terkejut kerana baru-baru ini Haha dan Byul telah menunjukkan muka anak sulungnya iaitu Dream buat julung kalinya menerusi vlog Youtube keluarga itu ketika sedang bercuti di Singapura. Video ini bermula apabila Byul mempertontonkan dia dan keluarganya sedang menikmati sarapan yang disediakan oleh buffet di hotel penginapan mereka.

haha dan byul akhirnya dedah gambar anaknya dream

Semasa sedang bersembang dalam video tersebut, Dream asyik melihat kamera tersebut dengan pandangan ingin tahu. Haha kemudiannya terus mengarahkan kamera itu kepadanya dan meminta anak lelaki sulungnya itu supaya memperkenalkan dirinya pada penonton. Memang betul-betul ada genetik lawak Haha apabila Dream membalas, “Saya bukan di sini untuk menaikkan lagi jumlah langganan Youtube mak saya.”

Haha bertanya kepada Byul sama ada isterinya itu mahu menonjolkan muka Dream buat pertama kalinya menerusi video Youtube ini, namun Byul masih teragak-agak. Pun begitu, lelaki itu memberikan persetujuan sekiranya dia mahu berbuat demikian. Byul kemudiannya menanyakan soalan kepada Dream sama ada dia mahu muncul dalam video Youtubenya, anaknya itu menjawab, “Disebabkan muka saya comel, mesti jumlah lagganan akan meningkat, kan?”

haha dan byul akhirnya dedah gambar anaknya dream

Apabila mendengar balasan comel anaknya itu, Haha dan Byul terus ketawa kuat. Byul pun ikut sekali melayan lawak anaknya itu, “Dream, adakah awak mahu terus muncul dalam Youtube? Awak akan tolong ibu untuk menaikkan lagi langganan kan?”

haha dan byul akhirnya dedah gambar anaknya dream

haha dan byul akhirnya dedah gambar anaknya dream

Sekejap sahaja masa berlalu, tak sangka rupanya Dream sudah pun berusia 6 tahun! Bahagia sungguh keluarga Haha dan Byul, ditambah pula dengan telatah Dream yang boleh tahan kelakar. Pasti tak bosan apabila mereka duduk bersama.

Sumber: Soompi, Youtube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...