Ikuti Kami:

Drama Romantik Komedi ‘Flower Crew: Joseon Marriage Agency’ Tamat Dengan Rating Memuaskan!

Drama Romantik Komedi ‘Flower Crew: Joseon Marriage Agency’ Tamat Dengan Rating Memuaskan!

Walaupun banyak drama yang best ditayangkan, ia pasti akan sampai ke penghujungnya pada suatu hari nanti. Sama juga dengan drama “Flower Crew: Joseon Marriage Agency” yang telah pun ke udara selama 8 minggu sebelum tamat tayangan pada Selasa lepas. Naskhah ini yang membawa kisah anak muda semasa era Joseon telah berjaya menambat hati ramai penonton.

flower crew: joseon marriage agency tamat tayangan

Kalau anda nak tahu, drama ini mengisahkan tentang Lee Soo (Seo Jihoon) iaitu seorang tukang besi yang tinggal bersama ayahnya di sebuah perkampungan. Dia juga sangat mencintai Gae Ddong (Gong Seungyeon), seorang wanita yang ceria dan rajin tetapi berseorangan. Gadis itu juga sedang sibuk mencari abang kandungnya yang terpisah semasa mereka kecil. Lee Soo yang sangat mencintai Gae Ddong telah merancang untuk berkahwin dengannya lantas meminta bantuan ‘Flower Crew Matchmaking Agency’ bagi merancang majlis perkahwinan itu. Agensi itu adalah yang terhebat pada era tersebut dan dimiliki oleh tiga orang lelaki tampan iaitu Ma Hoon (Kim Minjae), Do Joon (Byun Wooseok) serta Ko Youngsoo (Park Jihoon). Walaubagaimanapun, sesuatu insiden telah berlaku di mana Lee Soo tiba-tiba menghilangkan diri semasa hari perkahwinan tersebut.

Drama yang dilakonkan oleh pelakon muda itu tetap berdiri teguh walaupun terpaksa bersaing dengan drama hebat lain seperti “VIP”, “Tale Of Nokdu” dan “Catch The Ghost”. Untuk episod terakhir “Flower Crew: Joseon Marriage Agency” ini, mereka telah berjaya merekodkan rating 3.8%. Rekod yang agak baik!

flower crew: joseon marriage agency tamat tayangan

Selepas tamat sahaja drama itu, kesemua teraju utamanya telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penonton yang setia menyokong mereka daripada awal sehingga ke akhir tayangan drama tersebut.

Kepada sesiapa yang belum menonton drama ini, bolehlah marathon hujung minggu nanti! Drama komedi romantik ini pasti akan membuatkan anda terawang-awang apabila melihatnya.

Sumber: SoompiAsianWiki

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...