Bukan senang kan untuk selebriti Korea menyembunyikan tentang hubungan mereka selama ini.
Terbaru menurut laporan Dispatch pada 23 April, Bo-mi APINK dan penerbit muzik serta sebahagian dari Black Eyed Pilseung iaitu Rado, telah menjalinkan hubungan sejak April 2017 bermakna, mereka sudah bersama sejak tujuh tahun lalu.
Menurut sumber, mereka mula mengenai satu sama lain melalui pembikinan album APINK ‘Pink Revolution’ pada 2016, di mana salah satu lagu telah ditulis, digubah dan diatur oleh Rado sendiri.
Sepanjang perkenalan, mereka secara senyap-senyap memberi sokongan pada kerjaya masing-masing dan turut dilaporkan bahawa mereka juga telah berjanji untuk mempunyai masa depan bersama.
Sebagai respon, agensi bagi kedua-kedua pihak telah mengesahkan bahawa memang benar mereka berdua sedang bercinta namun, sukar untuk mengesahkan mengenai butiran lain kerana ia adalah kehidupan peribadi artis.
Wahh tahniah!