Ikuti Kami:

Digosipkan Bercinta, Hyunbin & Son Yejin Bakal Bergandingan Dalam Drama ‘Crash Landing On You’!

Digosipkan Bercinta, Hyunbin & Son Yejin Bakal Bergandingan Dalam Drama ‘Crash Landing On You’!

Anda pernah dengar tak gosip yang mengatakan bahawa pelakon terkenal iaitu Hyunbin dan Son Yejin sedang hangat bercinta? Rata-rata netizen menebak bahawa mereka sedang bercinta namun begitu kedua-dua pelakon ini lebih senang merahsiakannya daripada umum. Ini kerana terdapat beberapa keping gambar mereka keluar bersama untuk bersiar-siar selain terdapat khabar angin mengatakan bahawa mereka pernah ke Los Angeles untuk bercuti bersama-sama. Pun begitu, kedua-dua pihak telah pun menafikan berita tersebut dan bertegas bahawa mereka hanyalah rakan baik.

Walaupun asyik digosipkan bercinta, kedua-dua mereka tidak segan untuk terus bergandingan dalam naskhah yang sama. Terbaru, drama lakonan mereka iaitu “Crash Landing On You” diumumkan bakal ditayangkan menerusi saluran tvN pada Disember ini.

hyunbin dan son yejin berlakon drama crash landing on you

Drama ini mengisahkan tentang seorang waris orang kaya iaitu Yoo Seri (Son Yejin) dan pegawai dari Korea Utara iaitu Ri Junghyuk (Hyun Bin). Kisah cinta mereka bermula apabila Yoo Seri terpaksa mendarat di Korea Utara selepas paragliding yang dinaikinya sedikit goyang kerana angin yang kuat. Semasa pendaratannya itu, dia tanpa sengaja telah terserempak dengan Ri Junghyuk dan lelaki itu telah berusaha menyembunyikannya agar tidak diberkas oleh pegawai Korea Utara yang lain.

Kebanyakan peminat teruja menantikan gandingan dua orang pelakon hebat ini selepas mereka berlakon dalam filem “The Negotiator” pada tahun 2018. Bagi yang tidak sabar, saksikan dahulu beberapa sedutan video drama “Crash Landing On You” ini.

 

Jangan main-main tahu, sebabnya mereka turut merakamkan drama ini di Switzerland dan juga Mongolia. Latar belakang drama bertemakan melodrama ini memang cantik habislah dan pasti tak mengecewakan!

Episod pertama drama “Crash Landing On You” ini dikhabarkan bakal ditayangkan pada Disember ini namun belum diumumkan lagi tarikh spesifiknya.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...