Ikuti Kami:

Didakwa Sebab Semua Ahli Sudah Tua, Pengarah Jawab Sebab Rating ‘Running Man’ Kian Teruk

Didakwa Sebab Semua Ahli Sudah Tua, Pengarah Jawab Sebab Rating ‘Running Man’ Kian Teruk

“Running Man” yang kini menyambut kehadiran episod ke-700, merupakan salah satu rancangan hiburan terpanjang di Korea.

Ketahanan dalam industri hiburan biasanya turut bermaksud usia purata ahli kumpulan juga telah meningkat. Aspek usia ahli yang semakin bertambah juga sering kali menjadi titik kritikan dalam program ini. Jawab pengarah Choi Hyung-in dalam satu temubual eksklusif,

Saya rasa usia para ahli tidak mempunyai kaitan langsung dengan rating tontonan atau populariti. Namun, untuk menunjukkan lebih banyak kepelbagaian, kami juga berhasrat untuk mencuba pelbagai perubahan seperti membawa masuk ahli baru atau mengganti format rakaman.

running man

Ulasnya lagi, pihak produksi turut menghadapi pelbagai rintangan tahun lalu dek peninggalan Jeon So-min dan ketiadaan Ji Suk-jin buat sementara waktu atas masalah kesihatan,

Kami menghadapi begitu banyak masalah yang tidak selesai sehingga tertanya-tanya sama ada kita sedang melakukan perkara yang betul. Tetapi kerana tiada siapa yang salah, satu-satunya perkara yang boleh kita lakukan adalah saling memberi dorongan untuk bekerja lebih keras.

Korang pun mesti mahukan yang terbaik buat “Running Man” kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   OSEN

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...