Ikuti Kami:

“Dia Tendang..” – Terlibat Dengan Kes ‘Burning Sun’? Ibu Dedah Sikap Ganas Zico Dengan Bekas Teman Wanita

“Dia Tendang..” – Terlibat Dengan Kes ‘Burning Sun’? Ibu Dedah Sikap Ganas Zico Dengan Bekas Teman Wanita

Selepas dokumenatari ‘Burning Sun’ dikeluarkan, nama Zico turut hangat disebut kerana didakwa pernah menggunakan telefon milik Jung Joon-young.

Untuk pengetahuan, telefon itu dipercayai digunakan untuk merakam dan berkongsi rakaman secara haram sekurang-kurangnya 10 wanita berbeza tanpa persetujuan mereka.

Meskipun telah menafikannya, netizen masih tetap curiga lebih-lebih lagi apabila isu di mana ibu Zico telah mendedahkan bahawa lelaki itu pernah bersikap ganas terhadap bekas teman wanitanya kembali tular.

Berikut adalah hantaran yang ditulis ibu Zico pada 2008,

Kepada guru kelas Ji-ho (nama sebenar Zico),

Tidak lama dahulu, saya dengar bahawa dia memaki hamun teman wanitanya yang merupakan pelajar terbaik di sekolah itu. Menurut Ji-ho, dia seorang b*tch, malah dia menendang meja perempuan itu dengan kakinya!!

Seorang guru menangkapnya bersifat seperti itu tetapi Zico mungkin masih perlu melepaskan kemarahannya lebih banyak jadi dia berkata ‘Cikgu, saya silap, tetapi bukankah bagus kalau saya berikan b*tch itu apa yang sepatutnya?’

zico burning sun

Menurut siaran itu, Zico bukan sahaja bertindak ganas terhadap bekas kekasihnya malah turut menggunakan kata-kata kesat. Respon netizen,

  • Kenapa ibunya seperti berbangga dengan anaknya seperti itu?
  • Saya kasihan dengan gadis itu. Dia baik sebab tidak mendedahkan isu keganasan sekolah Zico kepada orang ramai.
  • Saya terkejut dengan personalitinya seperti ini.

Alamakk.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Pann Nate

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...