Ikuti Kami:

“Dia Suruh Jangan..” – Individu Buka Mulut, Lisa BP Didakwa Sombong Dengan Peminat?

“Dia Suruh Jangan..” – Individu Buka Mulut, Lisa BP Didakwa Sombong Dengan Peminat?

Bukan senang kan untuk kita puaskan hati semua orang..

Baru-baru ini, satu hantaran di TikTok telah tular apabila seorang peminat mendakwa bahawa Lisa BLACKPINK memberikan layanan buruk kepada mereka ketika terserempak dengannya.

Melihat hantaran yang dimuat naik, peminat itu berkongsi foto Lisa yang sedang makan di sebuah restoran sambil berkata,

Dia tak baik. Kami minta tandatangannya tapi dia tolak dan minta jangan ganggu dia.

lisa blackpink

Namun meninjau di ruangan komen, rata-rata ramai mempertahankan Lisa dengan menjelaskan bahawa wanita itu bukan sedang bekerja dan peminat juga harus menghormati masa serta ruang peribadinya.

Antara komen yang ditulis,

  • Lisa tak hutang apa-apa dengan awak!
  • Dia tengah makan dengan kawannya kan? Kenapa awak nak kena ganggu?
  • Awak tak belajar ke untuk jadi sopan dengan orang lain? Lisa pun manusia biasa juga.
  • Kalau saya Lisa, saya pun akan buat macam tu.
  • Lisa berhak menolak seberapa banyak autograf yang dia mahu, dia berhak mendapat sedikit masa dengan tenang.

Betul la tu apa yang Lisa buat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...