Ikuti Kami:

“Dia Pangil Nama Saya..” – Meski 12 Tahun Berlalu, Peminat Luah Terharu Masih Diingati Park Bogum

“Dia Pangil Nama Saya..” – Meski 12 Tahun Berlalu, Peminat Luah Terharu Masih Diingati Park Bogum

Seorang peminat yang menghadiri acara tayangan perdana filem “Wonderland” telah berkongsi pengalaman berharganya bersama dengan Park Bo-gum.

Di mana, peminat yang sudah 12 tahun meminati pelakon itu telah mendedahkan bahawa Park Bo-gum masih mengingati namanya meskipun mereka sudah berbelas tahun tidak berjumpa.

Semasa sesi ucapan pentas untuk filem itu berlangsung, Park Bo-gum telah memanggil nama peminat tersebut selepas menyedari bahawa wanita itu sedang menghampirinya.

Peminat itu berkata,

Dia masih ingat lagi nama saya. 12 tahun yang lalu, saya hanyalah seorang gadis berumur 17 tahun yang meminati Park Bo-gum yang pada masa itu berumur 20 tahun.

Sekarang, meskipun saya dah berumur 29 tahun, di hadapan Park Bo-gum, saya kembali menjadi gadis berumur 17 tahun.

Selepas berita ini tular, rata-rata netizen telah memuji pelakon lelaki itu.

Komen mereka,

  • Terharunya saya lihat.
  • Mesti peminat itu gembira sangat..
  • Baiknya Park Bo-gum..
  • Park Bo-gum masih mengenali dia selepas 12 tahun berlalu..

Untungnyaaa…..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sport Chosun

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...