Ikuti Kami:

“Dia Nampak Tak Selesa..” – Kerap Diserbu Peminat, Netizen Risau Keselamatan Byun Wooseok

“Dia Nampak Tak Selesa..” – Kerap Diserbu Peminat, Netizen Risau Keselamatan Byun Wooseok

Netizen telah meluahkan keselamatan Byun Woo-seok terutamanya di lapangan terbang.

Terbaru, pada 13 Jun, Byun Woo-seok telah berangkat ke Thailand untuk konsert perjumpaan peminatnya. Di mana, penampilan pelakon tersebut di lapangan terbang sekali lagi telah menarik perhatian ramai, terutamanya peminat.

Di mana, Byun Woo-seok yang ditemani 5 orang pengawal peribadi itu telah dilihat diserbu oleh ratusan peminat yang hadir. Malah, peminat-peminat tersebut juga didapati saling tolak-menolak untuk menghampiri pelakon tersebut.

Dari video yang dirakamkan, jelas kelihatan wajah Byun Woo-seok yang tidak selesa dan seakan takut dengan situasi yang sedang dihadapinya.


Selepas video itu tular, netizen telah mengkritik perbuatan peminat-peminat yang telah membahayakan keselamatan pelakon tersebut.

Mereka juga menggesa agar agensi Byun Woo-seok untuk memperketatkan lagi keselamatan pelakon itu dengan menambah bilangan pengawal keselamatan atau menggunakan pintu masuk VIP.

Seramnya tengok..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...