Ikuti Kami:

“Dia Bagi Kami Semua..” – Wartawan Dedah Personaliti Sebenar Byun Wooseok

“Dia Bagi Kami Semua..” – Wartawan Dedah Personaliti Sebenar Byun Wooseok

Layanan baik Byun Woo-seok terhadap pihak media telah dipuji.

Ketika temu bual mengenai “Lovely Runner” diadakan, wartawan yang hadir telah berkongsi layanan Byun Woo-seok terhadap mereka.

Di mana, selain dari memberi tanda tangan serta mengucapkan terima kasih, pelakon lelaki tersebut turut menyediakan sekuntum bunga ros untuk setiap wartawan yang hadir.

Malah, semasa temu bual berlangsung, Byun Woo-seok dengan tekun telah menyampaikan ideanya yang padat dan ringkas serta melibatkan diri secara aktif dengan menuturkan semula beberapa baris babak dari drama “Lovely Runner”.

Pelakon tersebut turut menjalankan temu bual secara santai dan memberikan rehat selama 20 minit buat wartawan yang hadir untuk memastikan bahawa dia dapat berkomunikasi dengan baik bersama pihak media.

byun-wooseok-flower

Semasa diberitahu bahawa dia kini telah dipandang tinggi dalam industri filem dan drama, Byun Woo-seok dengan rendah hati telah menjawab,

Saya akan bekerja dengan lebih keras pada masa hadapan.

Bagusnyaa Byun Woo-seok!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...