Makanan ringan yang sedap memang banyak kat Malaysia ini. Bayangkan sejak daripada kecil kita dah diperkenalkan dengan setiap satu daripadanya. Kalau tak jumpa dekat kedai runcit mesti ada jual dekat depan sekolah kan? Antara ‘jajan’ yang menjadi kegemaran kita ialah keropok ‘Toki’, keropok perisa durian, ‘Choki Choki’, lollipop dan pelbagai lagi. Tapi keropok yang paling disukai sampai sekarang ialah ‘Super Ring’. Sedap sungguh sampai penuh jari dengan pewarna jingganya itu.
Ingatkan orang Malaysia sahaja yang tergila-gilakan ‘Super Ring’ tetapi ia juga menjadi kesukaan kumpulan K-Pop terkenal di seluruh dunia iaitu Blackpink. Tapi yang spesifiknya, ia digemari oleh Jennie dan Jisoo!
Lihat sajalah muka gembira kedua-dua mereka apabila terjumpa dengan snek itu di para-para kedai serbaneka 7-Eleven di Malaysia. Pada ketika video ini dirakam, mereka sedang berada di sini bagi berjumpa dengan peminat tempatan menerusi konsert jelajah Blackpink.
cerita dia time concert blackpink kat malaysia, jensoo singgah 7e then nampak super ring ni diorang kata pernah makan time kat singapore hmm comel la ok bye pic.twitter.com/SH0fsBOysN
— fallin’ light